Syamsul Yusof nak saman jawi RM10 juta

0
114

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan dia bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjumlah RM10 juta.

Menerusi kenyataan yang diberikan kepada media, Syamsul mendakwa pihak Jawi telah memberi maklumat palsu kepada ahli keluarganya sehingga ia mendatangkan fitnah terhadapnya.

Bagaimanapun, suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana itu enggan mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai maklumat peribadi yang dimaksudkan itu.

“Saya ingin memberitahu yang saya sudah berbincang dengan peguam saya panjang lebar tentang satu perkara. Pendek kata, saya akan saman pihak Jawi RM10 juta.

“Kerana mereka telah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya… fitnah dan tidak benar, boleh dikatakan palsu kepada saya.

“Mereka telah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarga saya. Sedangkan maklumat itu, sekali lagi tidak benar, dah boleh dikatakan palsu dan juga fitnah kepada ahli keluarga saya.

“Sedangkan perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan kerana telah buat satu fitnah. Ya, saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman Jawi sebanyak RM10 juta,” katanya seperti dilaporkan Astro Gempak.

Sementara itu, pelakon filem Munafik tersebut berkata dia tidak dapat menjelaskan lebih lanjut lagi dan akan sentiasa berkongsi perkembangan seterusnya.

“Buat masa ini, itu saja yang boleh saya katakan… itu dulu. Yang lain nanti. Saya mahu saman Jawi, InsyaAllah. Saya akan update lagi,” ujarnya.

Dipercayai dokumen yang dimaksudkan itu mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dengan Puteri Sarah selain turut melibatkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan paparan skrin di InstaStory memaparkan mesej daripada netizen yang mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan Ira Kazar dalam diam.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here