Tag: gempa bumi
-
23 cedera dalam gempa bumi di selatan Turki
SEKURANG-kurangnya 23 orang cedera dalam gempa bumi pada magnitud 52 yang menggegarkan selatan Turki, kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca pada petang Khamis. Gempa kali ini berlaku kira-kira enam bulan selepas gempa bumi dahsyat melanda wilayah berkenaan. Pusat pemantauan gempa bumi Kandilli di Istanbul melaporkan gempa itu berlaku pada 8.47 malam (1747 GMT) Khamis, dengan pusat…
-
Gempa bumi sederhana di Selat Sunda, Indonesia
GEMPA bumi sederhana bermagnitud 5.0 melanda Selat Sunda, Indonesia pada 12.24 tengah hari tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 171 kilometer (km) barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia dengan kedalaman 10km. Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. — BERNAMA
-
Gempa bumi sederhana landa Luzon, Filipina
Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Luzon, Filipina pada 8.49 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, gempa itu berlaku pada jarak 64 kilometer (km) timur dari Bandar Tuguegarao, Filipina dengan kedalaman 45km. Bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA
-
Ada kebarangkalian gempa bumi berlaku di Malaysia – NRECC
MALAYSIA mempunyai kebarangkalian untuk berlaku gempa bumi berdasarkan kepada bukti empirikal, demikian menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Sebagai langkah mitigasi jangka panjang, NRECC memaklumkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menjalankan program libat urus dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan dalam aplikasi penggunaan peta bahaya seismik. “Program kesedaran awam juga dilaksanakan kepada pihak berkuasa…
-
Gempa bumi di Laut China Selatan tidak hasilkan gegaran permukaan-MetMalaysia
GEMPA bumi yang berlaku di Laut China Selatan awal pagi semalam tidak menghasilkan sebarang gegaran di permukaan, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini. MetMalaysia memaklumkan perkara ini kerana gempa bumi itu berlaku terlalu dalam iaitu 611 kilometer (km), malah pemantauan yang dijalankan secara dekat mendapati tiada sebarang gempa susulan berlaku. Menurut kenyataan…
-
Ecuador: Sekurang-kurangnya 12 maut akibat gempa bumi
GEMPA bumi kuat melanda Ecuador pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, menurut Sekretariat Pengurusan Risiko negara itu. Berukuran 6.7 pada skala Richter, gempa bumi itu berlaku berhampiran bandar selatan Balao pada kira-kira pukul 12.12 tengah hari waktu tempatan (1712GMT) dan sedalam lebih 65 kilometer. Gegaran turut dirasai di Peru. Sebanyak 11 kematian dilaporkan di El…
-
Gempa bumi kuat landa Hokkaido, Jepun
GEMPA bumi bermagnitud 6.1 melanda pantai Kushiro Hokkaido, di Jepun, lapor Xinhua memetik agensi cuaca pada Sabtu. Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran dicatatkan pada 10.27 malam waktu tempatan dan pusat gempa terletak pada 42.8 darjah utara dan 145.1 darjah timur pada kedalaman 60 kilometer. Tiada amaran tsunami dikeluarkan. — BERNAMA
-
Gempa bumi kuat melanda rantau New Britain, Papua New Guinea
GEMPA bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Rantau New Britain, Papua New Guinea (PNG) pada 5.24 pagi tadi. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 61 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 77 km barat daya dari Kimbe, PNG. Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut…
-
Gempa kuat 6.8 magnitud gegar sempadan China, Tajikistan
GEMPA bumi kuat 6.8 magnitud menggegarkan sempadan wilayah autonomi Uighur di Xinjiang, China dan Tajikistan pada jam 8.37 pagi, lapor USGS pada Khamis. Media negara China bagaimanapun melaporkan gegaran pada 7.3 magnitud. Tiada laporan kerosakan bangunan, kecederaan atau kehilangan nyawa dilapor setakat ini. USGS menjangkakan hanya “sedikit atau tiada penduduk” terjejas kepada insiden tanah runtuh…
-
Angka kematian akibat gempa bumi kuat di selatan Turkiye meningkat kepada 42,310
SEKURANG-kurangnya 42,310 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Türkiye pada 6 Feb, kata agensi pengurusan bencana negara itu pada Selasa.Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) berkata gempa yang berpusat di daerah Pazarcik dan Elbistan di wilayah Kahramanmaras itu juga menyaksikan 7,184 gegaran susulan, lapor Anadolu Agency. Gempa bermagnitud 7.7 dan 7.6…