GEMPA bumi bermagnitud 6.1 melanda pantai Kushiro Hokkaido, di Jepun, lapor Xinhua memetik agensi cuaca pada Sabtu.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran dicatatkan pada 10.27 malam waktu tempatan dan pusat gempa terletak pada 42.8 darjah utara dan 145.1 darjah timur pada kedalaman 60 kilometer.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
— BERNAMA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.