23 cedera dalam gempa bumi di selatan Turki

0
546

SEKURANG-kurangnya 23 orang cedera dalam gempa bumi pada magnitud 52 yang menggegarkan selatan Turki, kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca pada petang Khamis.

Gempa kali ini berlaku kira-kira enam bulan selepas gempa bumi dahsyat melanda wilayah berkenaan.

Pusat pemantauan gempa bumi Kandilli di Istanbul melaporkan gempa itu berlaku pada 8.47 malam (1747 GMT) Khamis, dengan pusat gempa di perbandaran Yesilyurt wilayah Malatya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam bencana pada 6 Feb, wilayah Malatya adalah antara kawasan yang paling terjejas teruk, menyaksikan kira-kira 2,300 orang meninggal dunia, menurut Datuk Bandar Selahattin Gurkan.

Dua gempa bumi kuat dan banyak gempa susulan pada 6 Feb lepas, menggegarkan tenggara Turki dan utara Syria, mengorbankan lebih 50,000 orang. -BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here