Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
fitnah Archives - Page 3 of 4 -

Tag: fitnah

  • Pasukan siasatan kes SRC difitnah, diugut dan ditawar habuan – Bahri

    Pasukan siasatan kes SRC difitnah, diugut dan ditawar habuan – Bahri

    KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak membuktikan kerajaan tidak campur tangan dalam sistem perundangan negara. Memetik laporan Berita Harian, Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohammad Zin berkata, ia menutup terus ruang yang boleh dimanipulasi sesetengah pihak bahawa bekas Perdana Menteri…

  • Teresa Kok menang saman Jamal, dapat ganti rugi RM300,000

    Teresa Kok menang saman Jamal, dapat ganti rugi RM300,000

    BEKAS Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Kim hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos atas dakwaan menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Mohd Arief Emran Arifin dalam keputusannya membenarkan tuntutan saman Kok selaku plaintif terhadap defendan…

  • Tuduhan bersubahat dengan Rumah Bonda tidak berasas, fitnah

    Tuduhan bersubahat dengan Rumah Bonda tidak berasas, fitnah

    TUDUHAN mengatakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun bersubahat melindungi Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda (Rumah Bonda) adalah tidak berasas dan berunsur fitnah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Julai 2021 ke atas…

  • Ahmad Zahid saman Tun Mahathir berhubung dakwaan guna kedudukan untuk selesai kes jenayah

    Ahmad Zahid saman Tun Mahathir berhubung dakwaan guna kedudukan untuk selesai kes jenayah

    DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk mencampuri urusan perbicaraan kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah. Ahmad Zahid, 69, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq…

  • Berdepan bankrap, Mawar Karim dakwa difitnah 

    Berdepan bankrap, Mawar Karim dakwa difitnah 

    MENAFIKAN sekeras-kerasnya dakwaan lari daripada membayar hutang berjumlah RM720,000, usahawan Mawar Karim tampil mempertahankan diri dan menganggap tuduhan tersebut adalah fitnah terhadap dirinya. Sejak semalam, nama bekas isteri kepada Fizo Omar ini panas apabila dikatakan berhutang namun enggan melunaskan kembali jumlah tersebut meskipun tindakan mahkamah telah diambil kepadanya. Mawar mendakwa difitnah oleh seorang individu dengan…

  • Siapa fitnah saya? – Jazlan nafi upah buat kecoh ’bubar Parlimen’ depan PM

    Siapa fitnah saya? – Jazlan nafi upah buat kecoh ’bubar Parlimen’ depan PM

    DATUK Ahmad Jazlan Yaakob tidak akan memaafkan pihak yang membuat fitnah kononnya diri menjadi dalang tindakan sekumpulan pihak melaungkan ‘Bubar Parlimen’ di hadapan Perdana Menteri baru-baru ini. Malah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu melafazkan sumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” menyifatkan tuduhan ke atasnya adalah satu fitnah yang amat besar dan tidak berasas. Nama Ahmad Jazlan…

  • Dakwaan polis ’tutup mata’ kes judi, pelacuran, satu fitnah – KP Perak

    Dakwaan polis ’tutup mata’ kes judi, pelacuran, satu fitnah – KP Perak

    POLIS Perak menafikan dakwaan bahawa pihaknya ‘menutup mata’ dengan tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan perjudian dalam talian dan pelacuran yang dikatakan berlaku di beberapa daerah di negeri ini. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata dakwaan pemilik akaun Twitter Edisi Khas itu, yang turut mengatakan ramai polis mengambil kesempatan atas kegiatan tersebut dengan menerima…

  • Tak mahu vaksin tak apa, tapi jangan hasut orang lain – Khairy

    Tak mahu vaksin tak apa, tapi jangan hasut orang lain – Khairy

    “Jangan kacau orang lain yang hendak vaksinkan anak mereka,” demikian tegas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, ketika ini lebih ramai ibu bapa yang yakin dengan vaksin untuk melindungi anak merrka. Beliau juga kesal ada pihak yang sanggup menyebarkan fitnah dengan menyatakan anaknya hanya dicucuk dengan angin untuk mempengaruhi orang lain. “Walaupun ada yang sebar…

  • Nabila Huda dituntut buat permohonan maaf, berdepan tuntutan RM900,000

    Nabila Huda dituntut buat permohonan maaf, berdepan tuntutan RM900,000

    PELAKON Nabila Huda dituntut membuat permohonan maaf kepada sorang aktivis, Fatimah Zaharah Rahim kerana didakwa membuat fitnah melalui laman sosial Instagram dan Twitter tahun lalu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, surat tuntutan telah dihantar melalui serahan tangan oleh firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili aktivis tersebut kepada Nabila Huda pada 20 Januari lalu…

  • Lokman Adam diarah padam hantar fitnah Ketua Hakim Syarie

    Lokman Adam diarah padam hantar fitnah Ketua Hakim Syarie

    MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Lokman Noor Adam supaya memadam kesemua hantaran berunsur fitnah membabitkan Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung dakwaan gangguan seksual yang dimuat naik dalam Facebook dan YouTube milik bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, dalam tempoh 24 jam bermula hari ini. Peguam Datuk Akberdin Abdul…