Tag: Felda
-
Manifesto PN menyeluruh, tingkatkan pendapatan peneroka Felda jadi tumpuan – Muhyiddin
MANIFESTO parti Perikatan Nasional bakal merangkumi semua bidang utama dan berpotensi menjadi tawaran yang baik terutamanya peneroka Felda di negeri Pahang. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata manifesto yang akan diberitahu kemudian akan menarik perhatian orang ramai terutamanya peneroka. “Sewaktu saya memimpin negara, kita selesaikan hutang mereka, RM8.9 bilion sudah dihapuskan. Kemudian kita mengeluarkan sukup…
-
Shahrir Samad tidak tahu sumber wang RM1 Juta diterima daripada Najib – Saksi
SEORANG pengurus bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Tan Sri Shahrir Ab Samad, tidak mengetahui daripada mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh wang RM1 juta, yang diberikan kepada bekas pengerusi Felda itu. Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, 43, yang mengesahkan perkara itu berkata beliau…
-
Pendakwaan akan buktikan Shahrir terima wang Najib, terbabit ubah wang haram
PIHAK pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram dihadapi bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Ab Samad akan membuktikan bahawa beliau terbabit secara langsung dengan kegiatan pengubahan wang haram apabila menerima wang RM1 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Pendakwa Mohd Afif Ali yang membacakan pernyataan pembukaan pada hari pertama perbicaraan berkata…
-
Tokoh korporat Rozali Ismail mahu ceburi dunia politik wakili suara peneroka Felda
TOKOH korporat Tan Sri Rozali Ismail menyuarakan hasrat untuk menyertai bidang politik melalui penubuhan parti baharu bagi mewakili generasi peneroka terutamanya penduduk Felda. Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd itu berkata hasrat itu timbul selepas mesyuarat agung tahunan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) semalam, yang mengusulkan untuk persatuan itu mengkaji bagi menubuhkan parti Keluarga Felda…
-
Radzi Jidin jelaskan bagaimana Felda dirosakkan Najib
MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada malam Khamis menyeru orang ramai untuk membaca Laporan Kertas Putih Felda yang dikeluarkan pada 2019 untuk mengetahui bagaimana Felda telah dirosakkan oleh Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu. Menurut beliau, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan pembentangannya di Parlimen pada…
-
Hasnol janji selesaikan isu perumahan 3,245 generasi kedua Felda di Sedili
CALON Perikatan Nasional (PN), Mohd Hasnolhadi Mohd Sebalas memandang serius kesukaran generasi kedua enam kawasan Felda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili memulakan pembinaan 3,245 rumah milik masing-masing. Bagaimanapun tegas beliau, isu pembinaan rumah itu boleh diselesaikan menerusi komitmen mensejahterakan komuniti Felda seperti dinyatakan dalam Ikrar Perikatan Nasional untuk rakyat Johor sempena Pilihan Raya Negeri…
-
Undi Felda di Johor bukan lagi deposit tetap bagi BN?
DARI jalan utama, laluan memasuki Kampung Felda Ayer Hitam di Machap, Johor agak sempit. Meskipun sudah berturap tar, ada lagi beberapa jalan di kawasan itu yang masih bertanah merah. Di kiri dan kanan jalan, pengunjung boleh menikmati suasana kampung dengan ladang menghijau, sesekali terdapat gerai makan yang diusahakan penduduk. Suasana aman pada hari itu bertukar…
-
[VIDEO] ‘Jangan bandingkan dengan Najib, kita tidak janji kosong macam BN’ – Muhyiddin
PENEROKA Felda di Johor diberi jaminan mereka tidak lagi akan berdepan dengan masalah isu perumahan, sekiranya memilih Perikatan Nasional (PN) menerajui kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada 12 Mac ini. Jaminan itu diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melancarkan Ikrar Perikatan Nasional ‘Demi Bangsa Johor’ hari ini dan menegaskan, kerajaan PN sudah…
-
PRN Johor: “PN hapus hutang peneroka, BN tambah hutang Felda” – Muhyiddin
SELEPAS Pahang, Johor adalah negeri paling banyak mempunyai kawasan tanah rancangan Felda. Dari Segamat hinggalah ke selatan di Kulai yang kesemuanya ada 72 tanah rancangan. Situasi ini menjadikan undi orang Felda dan ahli keluarga mereka sangat signifikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Sebab itu, seperti mana ‘manifesto’ Barisan Nasional (BN) semalam, Perikatan Nasional (PN)…
-
Jasa Muhyiddin tamatkan derita peneroka Felda
Oleh ZULKIFLEE BAKAR KEHADIRAN ribuan orang ke Majlis Ramah Mesra Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Felda Seri Ledang, Tangkak malam tadi menarik perhatian. Sama ada mereka akan menyebelahi atau tidak Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini terlalu awal untuk diperkatakan tetapi apa yang…