Tag: Faizal Azumu
-
Bersatu akui wujud pertikaian terhadap pencalonan presiden Gerakan di Bayan Lepas
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengaku wujud pertikaian mengenai pencalonan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Dominic Lau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang kali ini pada awalnya tetapi keadaan itu dikatakan telah semakin reda. Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata bagaimanapun beliau percaya perkara itu…
-
Pertikaian mengenai calon PN sudah selesai – Faizal Azumu
PERTIKAIAN mengenai calon Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya bersifat sementara dan tidak menjejaskan peluang parti meraih kemenangan. Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengakui kemungkinan berlaku sedikit rasa tidak puas hati dan kecewa apabila seseorang tokoh pemimpin itu tidak dinamakan sebagai calon. Bagaimanapun, katanya selepas penamaan calon, perkara…
-
Ahli akar umbi UMNO nyatakan sokongan untuk menangkan PN – Faizal Azumu
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa ramai pemimpin dan ahli akar umbi UMNO menzahirkan sokongan kepada PN untuk membantu memenangkan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan. Beliau yang juga Timbalan Presiden BERSATU, berkata mereka menyatakan sokongan itu ketika bertemu dalam siri jelajah ke seluruh Negeri Sembilan…
-
PN yakin dapat bentuk kerajaan di Negeri Sembilan
PERIKATAN Nasional (PN) yakin akan membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak lama lagi. Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata PRN di negeri itu dijangka sengit, namun berdasarkan kajian, gabungan itu berkeyakinan tinggi berlaku perubahan dalam kalangan pengundi Melayu di Negeri Sembilan yang akan menyokong PN dan…
-
‘Saya bukan calon MB Negeri Sembilan’ – Faizal Azumu
PERIKATAN Nasional (PN) Negeri Sembilan akan mengetengahkan calon tempatan sebagai Menteri Besar bagi memimpin negeri itu jika diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) nanti. Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kenyataan itu sekali gus menafikan desas desus beliau akan dilantik memimpin negeri berkenaan. “Calon MB? Bukan saya kerana…
-
PN akan buat kejutan besar di Negeri Sembilan?
KEJATUHAN kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Pakatan Harapan (PH) pada 2018 mengejutkan ramai pihak terutamanya apabila Negeri Sembilan dianggap sebagai antara kubu kuat Barisan Nasional (BN). Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pentadbiran negeri itu dipimpin Datuk Seri Aminuddin Harun daripada PKR apabila PH memperoleh 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala…
-
Faizal Azumu ketuai PN Negeri Sembilan selepas Eddin Syazlee digugurkan
DATUK Eddin Syazlee Shith digugurkan sebagai ketua Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, kata setiausaha gabungan negeri itu, Nazree Yunus. Nazree berkata, kepimpinan PN Negeri Sembilan turut dimaklumkan berhubung pengguguran bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah itu dalam mesyuarat, pada petang semalam. “Kebetulan semalam kami ada mesyuarat dan beliau maklumkan yang kami perlu terus gerak kerja. Itu…
-
Saringan awal calon PRN sudah bermula – Faizal Azumu
PERIKATAN Nasional (PN) dalam peringkat menyaring calon yang dinamakan akar umbi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri selepas agihan kerusi antara parti komponen dimuktamadkan minggu depan. Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata secara umumnya, rundingan agihan kerusi antara parti komponen PN hampir selesai dan kini dalam peringkat awal menyaring calon…
-
Faizal nafi dakwaan Proklamasi Melayu akan pecahkan PN
TIMBALAN Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menyangkal dakwaan Perikatan Nasional (PN) bakal berpecah susulan pembabitan ahli Parlimen parti itu dengan Proklamasi Orang Melayu. Beliau menegaskan, Proklamasi Orang Melayu hanya membicarakan mengenai permasalahan, perjuangan dan masa depan orang Melayu. “Sudah tentu proklamasi ini akan menyentuh perihal politik orang Melayu dan kedudukan mereka di negara…
-
Beku akaun sukarkan operasi Bersatu – Faizal
TINDAKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua akaun bank parti Bersatu akan menyulitkan operasi parti itu. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ketika akaun itu dibekukan Januari lalu, pihaknya memohon agar SPRM melepaskan sejumlah wang untuk tujuan operasi seperti membayar gaji dan sewaan pejabat. Bagaimanapun, katanya, ia tidak mendapat maklum balas positif…