Faizal Azumu ketuai PN Negeri Sembilan selepas Eddin Syazlee digugurkan

0
199

DATUK Eddin Syazlee Shith digugurkan sebagai ketua Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, kata setiausaha gabungan negeri itu, Nazree Yunus.

Nazree berkata, kepimpinan PN Negeri Sembilan turut dimaklumkan berhubung pengguguran bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah itu dalam mesyuarat, pada petang semalam.

“Kebetulan semalam kami ada mesyuarat dan beliau maklumkan yang kami perlu terus gerak kerja. Itu nasihat daripada dia… selain meminta kami bertenang serta akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti.

“Ya…beliau juga menerima dengan hati yang terbuka berhubung perkara tersebut,” katanya menurut Sinar Harian.

Menurut laporan itu, berdasarkan mesej tular WhatsApp, Eddin berkata sebagai ahli parti beliau akur dan menerima keputusan berkenaan.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang membantunya ketika menerajui PN Negeri Sembilan.

Katanya, Majlis Tertinggi PN telah dimaklumkan jawatan ketua PN negeri akan diambil alih Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkuat kuasa serta merta.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here