Tag: Datuk Seri Hamzah Zainudin
-
Polis ikut kehendak DAP jika undi parti selain PN – Hamzah
DAP merupakan parti yang menjadi punca perpecahan kaum dan agama di negara ini, kata pemimpin PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Bercakap di hadapan kira-kira 100 orang pada ceramah di Taman Medan, Selangor malam tadi, bekas menteri dalam negeri itu menegur anggota polis yang mengundi parti selain PN, dengan mendakwa mereka mengikut kehendak DAP. “Kerana DAP-lah…
-
Hamzah: Polis lepas rakam ceramah, beritahu keluarga sokong PN
BEKAS Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menggesa anggota polis yang bertugas sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya mempromosikan Perikatan Nasional (PN) dalam kalangan ahli keluarga mereka. Setiausaha agung PN itu berkata, anggota terbabit juga boleh mengambil kesempatan dengan mendengar tawaran yang bakal diberikan gabungan parti pembangkang itu demi kestabilan negara. “Saya nak…
-
Titah Sultan Selangor bukti isu kalimah Allah belum dirujuk ke Majlis Raja-raja, kata Hamzah
TITAH Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam membuktikan perkara ini dikeluarkan oleh perdana menteri sendiri, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata, titah baginda yang meminta supaya isu itu dirujuk kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI)…
-
Pengecualian usul UMNO: Banyak perkara boleh dipersoal ahli, kata Hamzah
BEKAS menteri dalam negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata banyak perkara boleh dipersoalkan ahli berhubung pengecualian kepada UMNO berhubung dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang. Setiausaha agung Bersatu itu berkata, bagaimanapun terpulang kepada ahli untuk mempersoalkan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memberi pengecualian kepada UMNO…
-
Bersatu gesa kerajaan perpaduan henti pemburuan politik ke atas pimpinannya
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa agar kerajaan berhenti melakukan apa yang disifatkan sebagai pemburuan politik yang tidak berkesudahan ke atas pimpinannya. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa pimpinan parti itu tidak melakukan sebarang kesalahan di sisi undang-undang. Hamzah juga mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai sebab munasabah untuk memohon penahanan…
-
Lantik anak jadi penasihat PM: Anwar khianati rakyat Malaysia
KETUA Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan tindakan Perdana Menteri melantik anak sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini (30 Januari 2023) Ahli Parlimen Larut itu berkata perlantikan itu bukan sahaja tidak wajar, malah salah serta merosakkan imej kerajaan. “Amalan nepotisme oleh Datuk Seri…
-
PN nafi guna duit judi, sedia jadi pembangkang dan ambil alih kerajaan – Hamzah
PERIKATAN Nasional (PN) secara tegas menafikan tuduhan bahawa gabungan itu menerima dana politik daripada hasil perjudian ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mengeluarkan tuduhan dan persepsi buruk terhadap Kerajaan sebelum ini. Jelas Ahli Parlimen Larut itu, jika benar berlaku pelanggaran,…
-
Anwar perlu saman media Eropah gelarnya homoseksual – Hamzah
Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman media Itali, yang menerbitkan laporan menyatakan Perdana Menteri Malaysia adalah pengamal homoseksual sepenuhnya. Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut berkata ia jelas adalah satu penghinaan kepada Anwar, dan Perdana Menteri mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap media, agenzianova, terbabit. Beliau berkata demikian ketika membahasakan…
-
Kalau betul ada duit judi, kerusi BN pun PN sapu – Hamzah
PERIKATAN Nasional (PN) pada Isnin mengakui mereka ada memberikan wang kepada calon yang dipilih untuk bertanding mewakili gabungan terbabit dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, namun ia bukanlah sumbangan syarikat judi. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mereka menerima wang daripada syarikat judi…
-
PRU-15: Tiada kebocoran data SPR – Hamzah
Kementerian Dalam Negeri tidak menerima sebarang laporan polis berhubung dakwaan kebocoran maklumat peribadi 800,000 pengundi yang dikatakan data dimiliki Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, siasatan hanya akan dibuat selepas ada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak. Menurutnya, jika maklumat peribadi yang bocor itu mengandungi nombor telefon maka ia bukan daripada…