Tag: Covid-19
-
Ibu, anak tidur tepi jalan kerana pandemik
SEORANG ibu terpaksa membawa dua anak kecilnya tidur di tepi pantai selepas mereka dihalau daripada kediaman sewanya akibat tidak mampu untuk membayar tunggakan sewa rumah selepas hilang pekerjaan sejak beberapa bulan lalu akibat pandemik COVID-19. Harvinderjit Kaur Bachan Singh, 31, yang mendakwa telah diarahkan keluar daripada rumah sewa sebelum membawa dua anaknya ke kawasan pantai…
-
Lebih 10 juta lengkap dua dos vaksin
SEBANYAK 31.9 peratus atau 10,425,300 populasi negara ini sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,868,615 orang atau 51.7 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat…
-
Pesakit mengadu, TMJ arah Pengarah Kesihatan Johor menghadap.
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu mengadap baginda, hari ini berikutan aduan pesakit di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Johor. Ia susulan luahan seorang warganet berkenaan kekurangan kapasiti di HSI, untuk menampung jumlah pesakit Covid-19. Menerusi ciapan di Twitter, Tunku Ismail memaklumkan baginda akan menyiasat isu…
-
6,500 pekerja projek ECRL divaksin
PROJEK Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mengambil langkah proaktif melalui Program Imunisasi Industri Covid-19, kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk memberi vaksin kepada 6,500 pekerja projek tersebut. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berkata, program vaksinasi itu dilaksanakan dengan memanfaatkan tiga buah…
-
[VIDEO] Gelombang kerjasama baru, utamakan rakyat – Dr Noor Nirwandy
TAWARAN persefahaman rentas parti yang dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, dilihat sebagai satu rangka pembaharuan bagi penyelesaian kemelut politik dalam negara. Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kesediaan kerajaan mewujudkan rangka persefahaman rentas parti sebagai langkah matang bagi menstabilkan krisis…
-
20,670 kes Covid-19 pada hari ini
Oleh Abu Ubaidillah Rahman KES harian Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 20,670 kes baharu pada hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,384,353 kes. Menurutnya, Selangor kekal merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 6,606 kes, diikuti Kuala…
-
Lengkap dos vaksin bantu lima negeri kurangkan kes ICU
SUNTIKAN dos lengkap vaksin Covid-19 yang meningkat dalam kalangan populasi dewasa di lima negeri berjaya membantu menurunkan kes kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima ke hospital di negeri terbabit. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata suntikan dos lengkap itu juga telah mengurangkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) bagi ketiga-tiga…
-
21,668 kes Covid-19 terbaharu hari ini, angka tertinggi setakat ini
KES positif harian Covid-19 mencatatkan angka tertinggi hari ini apabila sebanyak 21,668 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kini adalah sebanyak 1,342,215 sejak wabak itu dikesan Januari 2020. “Selangor mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 6,278 kes. “Tiga…
-
Khalid Samad jalani kuarantin di rumah lepas kakitangan positif Covid-19
AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sejak 4 Ogos lalu selepas salah seorang kakitangannya positif Covid-19. Menurut beliau, walaupun ujian kendiri Covid-19 dilakukannya di rumah menunjukkan keputusan negatif, dia meneruskan tempoh kuarantin disebabkan kontak rapat. Sejurus selepas mendapati seorang lagi kakitangannya didapati positif semalam, Khalid mengambil keputusan untuk menjalani…
-
20,780 kes positif baharu
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan kes harian Covid-19 sebanyak 20,780 kes baharu, menjadikan jumlah jangkitan adalah 1,320,547 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,921 kes. Kuala Lumpur pula merekodkan kes kedua tertinggi dengan 2,065 kes, diikuti Johor (1,693); Kedah (1,534); Sabah (1.514).…