Pesakit mengadu, TMJ arah Pengarah Kesihatan Johor menghadap.

0
316

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu mengadap baginda, hari ini berikutan aduan pesakit di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Johor.

Ia susulan luahan seorang warganet berkenaan kekurangan kapasiti di HSI, untuk menampung jumlah pesakit Covid-19.

Menerusi ciapan di Twitter, Tunku Ismail memaklumkan baginda akan menyiasat isu itu dan meminta laporan yang lengkap untuk tindakan selanjutnya diambil.

“Saya akan siasat dan minta laporan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.

“Saya telah titah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor menghadap. Esok (hari ini) saya akan dapat laporan yang lebih lengkap dan akan ambil tindakan sewajarnya,” titah baginda.

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan itu, seorang pemilik akaun Facebook bernama Napsiah Khamis Maharan yang rakannya dirawat di HSI, mendakwa keadaan di hospital itu sangat menyedihkan.

Napsiah berkata, kerana katil dan wad yang tidak mencukupi menyebabkan pesakit terpaksa ditempatkan di khemah dan hanya tidur di atas kerusi.

“Beginilah keadaannya wad tak cukup katil tak cukup, hanya khemah tidur sebelah air hujan, tidur pon atas kerusi..atas stretcher, batuk, demam, sejuk, frontliner terpaksa scan pesakit kat luar jer, kasihan frontliner.

“Macam mana nak rawat pesakit kalau macam ni keadaannya. Kesian kepada frontliner, ini baru Johor belum negeri lain lagi,” katanya, seperti dilaporkan freemalaysiatoday.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here