Khalid Samad jalani kuarantin di rumah lepas kakitangan positif Covid-19

0
267

AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sejak 4 Ogos lalu selepas salah seorang kakitangannya positif Covid-19.

Menurut beliau, walaupun ujian kendiri Covid-19 dilakukannya di rumah menunjukkan keputusan negatif, dia meneruskan tempoh kuarantin disebabkan kontak rapat.

Sejurus selepas mendapati seorang lagi kakitangannya didapati positif semalam, Khalid mengambil keputusan untuk menjalani ujian kendiri Covid-19 itu.

“Bila kakitangan saya hari ni beritahu hari ni yang dia positif (Covid-19), saya pun buat self-test (ujian kendiri) hari ni juga. Self-test tu saya dapati positif.” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Tambah beliau, oleh kerana ujian kendiri itu tidak begitu tepat, beliau turut membuat ujian RT-PCR, semalam dan akan mendapat keputusan ujian tersebut petang ini.

Namun, perkembangan terkini kesihatan Khalid Samad diberitakan sangat membimbangkan kerana himpunan ahli parlimen di Dataran Merdeka dikatakan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehingga hari ini, kesemua MP yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan oleh pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here