Tag: Covid-19

  • Ambil iktibar, tangguh kemasukan pelancong China – PAS

    Ambil iktibar, tangguh kemasukan pelancong China – PAS

    PAS mencadangkan kemasukan pelancong dari China ditangguhkan sementara susulan penularan kes baharu Covid-19 di negara itu yang semakin serius. Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin, berkata Malaysia perlu mengambil iktibar daripada penularan wabak pada 2020 apabila tidak melakukan langkah mencegah kemasukan pelancong yang berisiko membawa Covid-19. “Pas menyarankan kerajaan berwaspada dengan penularan kes baharu Covid-19…

  • COVID-19: Tujuh kes import antara 583 kes baharu

    COVID-19: Tujuh kes import antara 583 kes baharu

    SEBANYAK 583 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara, semalam dengan tujuh daripadanya melibatkan kes import. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu meningkat kepada 5,026,164 kes. Data sama turut merekodkan satu kematian baharu akibat Covid-19, menjadikan angka keseluruhan korban meningkat kepada 36,853 orang. Selain…

  • Semakin banyak negara laksana sekatan Covid-19 terhadap pelancong China

    Semakin banyak negara laksana sekatan Covid-19 terhadap pelancong China

    SEMAKIN banyak negara melaksanakan sekatan COVID-19 ke atas pelancong dari China dengan United Kingdom menjadi negara terbaharu pada Jumaat yang mewajibkan ujian COVID-19 sebelum berlepas. “Mulai 5 Jan, pelancong dari China ke England diminta mengambil ujian pra-pelepasan,” lapor Agensi Anadolu, memetik Jabatan Kesihatan. Di samping itu, Agensi Keselamatan Kesihatan UK melancarkan pengawasan dengan mengambil sampel…

  • Sabah wajibkan ujian Covid-19 untuk pengembara dari China mulai esok

    Sabah wajibkan ujian Covid-19 untuk pengembara dari China mulai esok

    SEMUA pengembara dari China yang ingin masuk ke Sabah  wajib menunjukkan keputusan negatif COVID-19, berkuat kuasa, Ahad in (1 Jan), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun. Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah itu berkata semua pengunjung dari China perlu mempunyai keputusan negatif dalam ujian sebelum berlepas (Predeparture Test) dalam tempoh 48 jam sebelum dibenarkan…

  • Pakar beri amaran risiko Covid-19 ketika Malaysia berdepan kemasukan pelancong China

    Pakar beri amaran risiko Covid-19 ketika Malaysia berdepan kemasukan pelancong China

    KERAJAAN digesa mempertimbangkan langkah “ketat” bagi membendung kemasukan pengembara dari China, ketika negara itu mencatatkan gelombang baru Covid-19.  Pakar perubatan awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, perkembangan terbaru di republik itu disifatkan sebagai “tricky”. “Peningkatan Covid-19 di China adalah benar dan membimbangkan. “China telah benarkan warganya keluar. Ini seperti membuka ‘floodgate’ dan melimpahkan kes…

  • Covid-19: Tangguh kemasukan pelancong China ke Malaysia

    Covid-19: Tangguh kemasukan pelancong China ke Malaysia

    PERSATUAN Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda. Presiden MATA Datuk Dr Mohd Khalid Harun berkata lonjakan ketara kes COVID-19 di China baru-baru ini meningkatkan lagi potensi varian baharu yang bakal muncul sekali gus memberi kegusaran kepada rakyat Malaysia khususnya pemain industri pelancongan. “Kita semua sedia maklum hospital…

  • COVID-19: KKM tingkat kesiapsiagaan susulan peningkatan kes di China-Dr Noor Hisham

    COVID-19: KKM tingkat kesiapsiagaan susulan peningkatan kes di China-Dr Noor Hisham

    KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) terus mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian akibat COVID-19 susulan peningkatan mendadak penyakit itu yang dilaporkan di China ketika ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata antara langkah akan diambil ialah meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan…

  • Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta

    Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta

    MALAYSIA hampir mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif baharu COVID-19 lima juta kes apabila mencatatkan 4,984,407 kes dengan pertambahan 766 kes pada Sabtu. Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan. Bagaimanapun, jangkitan baharu wabak itu merekodkan penurunan berbanding 902 kes sehari sebelumnya.…

  • 1,040 kes baharu Covid-19, sembilan kematian

    1,040 kes baharu Covid-19, sembilan kematian

    JANGKITAN baharu COVID-19 kini melepasi angka 1,000 kes pada Selasa dengan sejumlah 1,040 kes dilaporkan, berbanding 809 kes dilaporkan pada hari sebelumnya. Portal KKMNOW turut maklumkan kes kematian meningkat kepada sembilan kes, berbanding enam kes yang dilaporkan pada Isnin. Ia termasuk tiga kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Dalam pada itu,…

  • Tiada kes Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir sejak 19 Nov

    Tiada kes Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir sejak 19 Nov

    TIADA kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi tempoh 19 Nov lepas hingga kini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Bagaimanapun, beliau berkata 14 kes COVID-19 dikesan bagi tempoh 11 hingga 18 Nov dan kesemua mereka telah tamat menjalani isolasi serta pulang ke rumah masing-masing.…