Pakar beri amaran risiko Covid-19 ketika Malaysia berdepan kemasukan pelancong China

0
194

KERAJAAN digesa mempertimbangkan langkah “ketat” bagi membendung kemasukan pengembara dari China, ketika negara itu mencatatkan gelombang baru Covid-19. 

Pakar perubatan awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, perkembangan terbaru di republik itu disifatkan sebagai “tricky”.

“Peningkatan Covid-19 di China adalah benar dan membimbangkan.

“China telah benarkan warganya keluar. Ini seperti membuka ‘floodgate’ dan melimpahkan kes ke serata dunia,” katanya, lapor MalaysiaNow.

Katanya, langkah itu termasuk pemantauan harian dan jika perlu, menimbangkan sekatan jika kes terlalu tinggi. 

“Pelancong yang hendak masuk perlu lengkap vaksinasi mereka, mengadakan ujian saringan Covid-19 selain perlu diawas dengan ketat.

“Lakukan ujian secara rawak mengikut penerbangan,” tambahnya.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Gesaan itu sama seperti apa yang disuarakan Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) yang mahu kerajaan menangguhkan kemasukan pelancong dari republik itu.

Semalam, media melaporkan hampir separuh penumpang pesawat China yang tiba di Itali dilaporkan positif Covid-19.

Beijing baru-baru ini membenarkan warganya ke luar negara , menamatkan dasar sifar Covid-19 di negara itu, meskipun peningkatan kes Covid-19.

Ia mencetuskan kebimbangkan gelombang dan varian baru yang berkemungkinan tersebar di seluruh dunia. 

Amerika Syarikat (AS) merupakan antara negara yang mengenakan sekatan terhadap pengembara dari republik itu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke pula berkata negara akan menyaksikan peningkatan trafik udara pada 2023 ekoran pembukaan sempadan oleh China. 

Keadaan itu membawa kebimbangan apabila Malaysia dilaporkan antara 10 negara paling diminati pelancong China untuk bercuti ketika sambutan Tahun Baru China. 

Seramai sejuta pelancong China dijangka tiba ke negara ini pada tahun depan, menurut satu laporan media. 

Negara lain termasuk Jepun, Thailand, Korea Selatan, AS, Singapura, Australia dan United Kingdom.

Di Malaysia, kebimbangan juga semakin meningkat terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang biasanya menyaksikan kebanjiran pelancong dari China.

Satu laporan menganggarkan sejuta pelancong China bakal tiba di negara pada 2023.

Malaysia pertama kali menutup sempadannya pada Mac 2020, beberapa bulan selepas wabak itu mula menular.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini berkata sempadan negara tidak perlu ditutup.

Dalam pada itu, Zainal berkata Malaysia sedang hampir dalam usaha keluar sepenuhnya daripada fasa pandemik. 

Meskipun liputan imunisasi tinggi, liputan dos penggalak pertama dan kedua masih rendah.

“Kemungkinan tahap imunisasi penduduk semakin menurun. Amalan pencegahan juga semakin longgar.

“Mari kita berdoa. Masih segar memori Disember 2019 hingga 2021,” katanya merujuk kepada tempoh penutupan sempadan dan perintah kawalan pergerakan. 

Beliau menggesa kerajaan bersiap-sedia meningkatkan liputan dos penggalak pertama dan kedua, selain kesedaran amalan pencegahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here