COVID-19: Tujuh kes import antara 583 kes baharu

0
178

SEBANYAK 583 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara, semalam dengan tujuh daripadanya melibatkan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu meningkat kepada 5,026,164 kes.

Data sama turut merekodkan satu kematian baharu akibat Covid-19, menjadikan angka keseluruhan korban meningkat kepada 36,853 orang.

Selain itu, sebanyak 930 kes sembuh pula dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan meningkat kepada 4,976,990 kes.

Sementara itu, secara keseluruhannya, Malaysia masih mempunyai 12,322 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 94.6 peratus bersamaan 11,653 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, terdapat 637 atau 5.2 peratus mendapatkan rawatan lanjut di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (0), unit rawatan rapi (ICU) (16) dengan 16 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga kini, kadar penggunaan wad ICU di paras 65.6 peratus, alat bantuan pernafasan (39 peratus) dan katil hospital (70.6 peratus), lapor WartaRakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here