Semakin banyak negara laksana sekatan Covid-19 terhadap pelancong China

0
179

SEMAKIN banyak negara melaksanakan sekatan COVID-19 ke atas pelancong dari China dengan United Kingdom menjadi negara terbaharu pada Jumaat yang mewajibkan ujian COVID-19 sebelum berlepas.

“Mulai 5 Jan, pelancong dari China ke England diminta mengambil ujian pra-pelepasan,” lapor Agensi Anadolu, memetik Jabatan Kesihatan.

Di samping itu, Agensi Keselamatan Kesihatan UK melancarkan pengawasan dengan mengambil sampel dari penumpang yang tiba dari China mulai 8 Jan.

Perancis juga mewajibkan pelancong dari China mempamerkan ujian negatif COVID-19 dan ujian secara rawak akan dijalankan ke atas penumpang semasa ketibaan, menurut laporan media.

China baru-baru ini mengumumkan akan melonggarkan langkah-langkah pandemik, dan “hidup bersama COVID” selepas tiga tahun sekatan.

Langkah itu dibuat di tengah-tengah pengumuman baharu oleh Amerika Syarikat, Jepun, Itali dan Sepanyol yang menguatkuasakan langkah pencegahan COVID-19 membabitkan pelancong dari China, termasuk mempamerkan keputusan ujian negatif COVID-19.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here