Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bomba bantu keluarkan cincin pada kemaluan warga emas -

Bomba bantu keluarkan cincin pada kemaluan warga emas

KHIDMAT bomba terpaksa digunakan bagi menanggalkan sebentuk cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki warga emas di Hospital Kuala Kangsar, Perlis, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan diterima pukul 7.41 malam dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke hospital itu.

Katanya, lelaki berusia 72 tahun berkenaan berkenaan datang sendiri ke hospital.

“Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum cincin berkenaan berjaya ditanggalkan.

“Komander operasi mengarahkan anggota menggunakan pemotong bagi memotong cincin terbabit,” katanya dalam kenyataan, lapor Harian Metro.