Tag: Covid-19

  • Kes harian Covid-19 di China diramal cecah 3.7 juta minggu ini

    Kes harian Covid-19 di China diramal cecah 3.7 juta minggu ini

    BILANGAN kes harian baharu COVID-19 di China diramalkan boleh mencecah rekod tertinggi 3.7 juta pada Jumaat, ketika negara itu bergelut dengan gelombang jangkitan berikutan penamatan dasar sifar COVID-19, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).  Menurut ramalan terkini syarikat analitik Airfinity yang berpangkalan di London, jumlah kematian boleh mencecah 25,000 kes sehari dalam tempoh 10 hari lagi. Dianggarkan lebih setengah juta…

  • Kerajaan perlu timbang tutup pintu sempadan negara: Pakar

    Kerajaan perlu timbang tutup pintu sempadan negara: Pakar

    PENULARAN pantas beberapa subvarian baharu COVID-19 yang dikesan di beberapa buah negara sudah tentu membangkitkan kebimbangan masyarakat negara ini terutama dengan jangkaan kehadiran pelancong dari China dalam jumlah besar ke Malaysia berikutan pembukaan sempadan negara itu sejak 8 Januari lepas. Negara tanah besar China itu berhadapan gelombang besar COVID-19 akibat varian BA.5.2 dan varian BF.7…

  • TH akan utamakan bakal jemaah bermula tahun 2020

    TH akan utamakan bakal jemaah bermula tahun 2020

    LEMBAGA Tabung Haji (TH) akan mengutamakan bakal jemaah haji untuk tahun 2020, 2021 dan 2022, yang masih menunggu giliran disebabkan pandemik COVID-19 untuk musim haji tahun ini, sebelum diikuti bakal haji giliran tahun 2023. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata ini berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang…

  • 4,069 pengembara China tiba di Malaysia sejak Ahad

    4,069 pengembara China tiba di Malaysia sejak Ahad

    SERAMAI 4,069 pengembara dari China tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara sejak negara terbabit membuka sempadan wilayahnya Ahad lalu. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli ketika mengesahkan perkara itu berkata, setakat ini tiada kes Covid-19 daripada kesemua pengembara berkenaan malah, tiada sebarang gejala dikesan. Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus…

  • Hampir 90 peratus populasi wilayah Henan, China dijangkiti COVID-19

    Hampir 90 peratus populasi wilayah Henan, China dijangkiti COVID-19

    HAMPIR 90 peratus penduduk wilayah Henan, China dijangkiti COVID-19, kata seorang pegawai kerajaan tertinggi hari ini, ketika negara itu berdepan dengan kenaikan kes yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pengarah Suruhanjaya Kesihatan di wilayah ketiga paling padat China itu, Kan Quancheng dalam sidang akhbar berkata, sehingga 6 Januari lalu, kadar jangkitan COVID-19 di wilayah itu…

  • China buka semula sempadan selepas tiga tahun

    China buka semula sempadan selepas tiga tahun

    CHINA membuka semula sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan yang dilaksanakan berikutan pandemik COVID-19. Pada 26 Dis Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan tahap COVID-19 diturunkan daripada Kelas A kepada Kelas B.  COVID-19 telah ditukar daripada “pneumonia novel coronavirus” kepada “novel coronavirus infection,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan suruhanjaya kesihatan itu. Selain itu, China tidak akan mengenakan kuarantin ke atas mereka…

  • Jangkitan Covid-19 naik 571 kes, 7 kematian

    Jangkitan Covid-19 naik 571 kes, 7 kematian

    JANGKITAN harian Covid-19 meningkat setakat semalam, dengan 571 kes dilaporkan, berbanding 433 pada hari sebelumnya. Menurut data di laman web KKMNOW, kes-kes baharu terdiri daripada 570 kes jangkitan tempatan dan satu kes import. Tujuh kematian dicatatkan lapor FMT. Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,028,794 kes, dengan 36,866 kematian. Setakat semalam, sebanyak 11,564…

  • Sekat segera pelancong China – PERDIM

    Sekat segera pelancong China – PERDIM

    PENULARAN wabak COVID-19 subvarian Omicron atau BF.7 perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak kerana wujud kebimbangan ianya bersifat ‘virulence’ atau berbahaya. Jika ia berbahaya sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kes tahap 4, 5 serta kematian pada ketika individu lengkap divaksin seperti di China, maka dunia kini berdepan masalah besar. Menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam…

  • Jangan tekan kerajaan untuk longgarkan sempadan negara

    Jangan tekan kerajaan untuk longgarkan sempadan negara

    PERSATUAN Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dinasihatkan tidak menekan kerajaan untuk melonggarkan sempadan negara dengan kehadiran pelancong China ke Malaysia. Ketua Armada BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata MATTA sepatutnya bertenang dan meneliti semula kenyataan lama mereka pada tahun 2020 yang menggesa kerajaan pada waktu itu mengenakan perintah berkurung dengan mengisytiharkan…

  • Segera aktifkan mesyuarat MKN hadapi penularan varian baharu COVID-19

    Segera aktifkan mesyuarat MKN hadapi penularan varian baharu COVID-19

    KERAJAAN wajar bertindak segera dengan mengaktifkan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan semua jabatan dan agensi kerajaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan varian baharu COVID-19, terutamanya di negara China. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kerajaan juga harus segera mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas bagi memastikan kepentingan negara terjamin,…