Jangkitan Covid-19 naik 571 kes, 7 kematian

0
209

JANGKITAN harian Covid-19 meningkat setakat semalam, dengan 571 kes dilaporkan, berbanding 433 pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes-kes baharu terdiri daripada 570 kes jangkitan tempatan dan satu kes import.

Tujuh kematian dicatatkan lapor FMT.

Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,028,794 kes, dengan 36,866 kematian.

Setakat semalam, sebanyak 11,564 kes masih aktif, termasuk 38 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 18 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 581 pesakit atau 5% menerima rawatan di hospital.

Seramai 696 pesakit dilaporkan sembuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here