Jangan tekan kerajaan untuk longgarkan sempadan negara

0
214

PERSATUAN Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dinasihatkan tidak menekan kerajaan untuk melonggarkan sempadan negara dengan kehadiran pelancong China ke Malaysia.

Ketua Armada BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata MATTA sepatutnya bertenang dan meneliti semula kenyataan lama mereka pada tahun 2020 yang menggesa kerajaan pada waktu itu mengenakan perintah berkurung dengan mengisytiharkan perang terhadap COVID19.

“Kerajaan perlu bertegas untuk hentikan dahulu kemasukan pelancong dan rakyat China ke Malaysia buat SEMENTARA WAKTU sehingga protokol keselamatan yang lebih jelas dan tahap kesiapsiagaan pemantauan penularan wabak COVID19 kembali beroperasi 120%!

“We have let our guard down for months and now we need to ensure our borders are really safe and secure against any intrusions of COVID19 – especially from China – the origin of BF.7 COVID-19 variant.

“Ya kita maklum sudah dikesan varian terbaru dari China itu dalam negara kita tapi belum tular (viral) sehingga tahap yang membimbangkan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 16 Mac 2020, MATTA menggesa kerajaan mengisytiharkan perang terhadap COVID19 dengan mengenakan perintah berkurung.

Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang berkata, daripada meneruskan “pertempuran yang berlarutan secara beransur-ansur”, kerajaan sepatutnya melaksanakan perintah berkurung.

“Perang habis-habisan memerlukan seluruh negara dikurung, dan inilah yang telah dilakukan oleh banyak negara Eropah dan lebih banyak negara dijangka mengikutinya.

“Wabak global COVID19 telah mencapai skala di mana negara perlu mengambil langkah berani dan drastik,” katanya lapor Berita Bersatu.

Terbaru, pada Isnin, MATTA menyifatkan gesaan sesetengah pihak supaya kerajaan menyekat kemasukan pelancong dari China sebagai tidak rasional.

MATTA juga meminta semua pihak berhenti dalam memberikan spekulasi berlebihan berhubung berita tentang republik tersebut membenarkan rakyatnya melancong ke luar negara.

“Kerajaan sejak awal 2022 telah mempunyai persediaan rapi dalam menghadapi kemasukan luar pelancong yang berisiko membawa COVID19,” kata Tan dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata pengalaman lalu mengajar agar sesuatu perkara tidak boleh diambil ringan dan mudah.

Ini kerana, katanya, kerajaan perlu bertegas sebelum isu ini menjadi parah.

“Pengalaman lalu mengajar kita JANGAN AMBIL RINGAN dan MUDAH. Better safe than sorry!

“Ketegasan perlu daripada kerajaan ketika ini sebelum nasi menjadi bubur!

“Kita doakan sebarang perkara tidak diingini tidak berlaku!” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here