Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
BN Archives -

Tag: BN

  • Bertanding lambang UMNO takkan ubah persepsi pengundi, kata penganalisis

    Bertanding lambang UMNO takkan ubah persepsi pengundi, kata penganalisis

     PENGANALISIS politik percaya menggunakan lambang sendiri untuk bertanding pilihan raya tidak akan mengubah persepsi pengundi Melayu terhadap UMNO. Azmi Hassan dari Akademi Nusantara menjelaskan masalah yang dihadapi UMNO ketika ini yang hilang kepercayaan pengundi Melayu “melampaui isu lambang”. “Dalam hal ini, saya melihat desakan menggugurkan atau menjatuhkan presiden UMNO ia tidak membawa perubahan apa-apa terhadap…

  • PH-BN berisiko kehilangan DUN Simpang Jeram

    PH-BN berisiko kehilangan DUN Simpang Jeram

    PAKATAN Harapan (PH) berisiko kehilangan DUN Simpang Jeram pada PRK kali ini, kata penganalisis yang menjangkakan peralihan sokongan dalam komuniti Melayu kepada Perikatan Nasional (PN). Peralihan itu didorong oleh ketidakpuasan hati terhadap situasi ekonomi semasa, dan bukannya sokongan tulen terhadap Bersatu atau PAS. Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia meramalkan akan ada suatu bentuk penolakan…

  • ‘UMNO dipersila bertanding guna logo sendiri’, kata MIC

    ‘UMNO dipersila bertanding guna logo sendiri’, kata MIC

    NAIB Presiden MIC, Datuk T Mohan berkata, UMNO dipersilakan untuk bertanding menggunakan logo sendiri dalam mana-mana pilihan raya, jika parti itu yakin menjadi pilihan pengundi kawasan. Tegas beliau, MIC tidak mempunyai halangan untuk UMNO berbuat demikian sekiranya parti itu mendapat kepercayaan pengundi di kawasan yang dipertandingkan. Beliau bagaimanapun berkata, konsep utama Barisan Nasional (BN) adalah…

  • BN tidak dapat undi tentera kerana bersama PH, kata penganalisis

    BN tidak dapat undi tentera kerana bersama PH, kata penganalisis

    MESKIPUN Kementerian Pertahanan ditunjangi oleh Mohamad Hasan, seorang menteri daripada Barisan Nasional (BN), pengundi tentera masih tidak memberikan undi mereka kepada parti yang memerintah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu.  Ini dapat dilihat apabila BN, yang bergabung bersama Pakatan Harapan (PH) di peringkat pusat dan negeri, tidak mampu menambat hati pengundi tentera di dua…

  • Zahid harus kekal, kata pemimpin selepas Umno kalah teruk sekali lagi pada PRN

    Zahid harus kekal, kata pemimpin selepas Umno kalah teruk sekali lagi pada PRN

    SEORANG pemimpin kanan Umno yang bersekutu dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak gesaan dari akar umbi terhadap presiden parti itu supaya berundur berikutan kekalahan teruk sekali lagi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi berkata peletakan jawatan Zahid tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi parti itu…

  • DAP gantung keahlian individu keluar ucapan provokatif terhadap BN

    DAP gantung keahlian individu keluar ucapan provokatif terhadap BN

    SEORANG ahli DAP digantung keahlian serta-merta selepas tular video ucapannya mengecam parti UMNO dan MCA di laman media sosial Facebook, pada Khamis. Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, Jawatankuasa Disiplin parti juga akan mengambil tindakan susulan terhadap individu tersebut. “Saya mengambil maklum mengenai satu klip video yang sedang diviralkan yang melibatkan ucapan seorang…

  • Polis siasat hantaran tular dakwa pengundi awal diberi RM200

    Polis siasat hantaran tular dakwa pengundi awal diberi RM200

    POLIS Terengganu menerima laporan berhubung hantaran tular yang mendakwa calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) memberi RM200 kepada pengundi awal untuk mengundi calon tersebut. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, laporan itu diterima di Balai Polis Chukai pada Selasa. “Berdasarkan laporan itu, pengadu mendapati terdapat hantaran tular ketika melayari…

  • PRN: Sanusi angkat tangan ‘ala Anwar’ di hadapan penyokong PH, BN

    PRN: Sanusi angkat tangan ‘ala Anwar’ di hadapan penyokong PH, BN

    Oleh BADLISHAH MAT DATUK Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Sik pada 9.10 pagi bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN). Kehadiran calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu diringi hampir 2,000 penyokongnya. Beliau turut mengangkat tangan ‘ala Anwar’ di…

  • Ketua Penerangan UMNO Kedah calon BN di Tanjung Dawai

    Ketua Penerangan UMNO Kedah calon BN di Tanjung Dawai

    BEKAS Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin hari ini dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengumuman nama Shaiful yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sewaktu beliau menjadi Menteri Besar, diumumkan Setiausaha Agung UMNO,…

  • Bila nak mula kempen ‘1 undi PH = 1 undi Zahid’? – Soal Bersatu

    Bila nak mula kempen ‘1 undi PH = 1 undi Zahid’? – Soal Bersatu

    PIMPINAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyindir PKR bilakah parti itu akan memulakan kempen satu undi untuk Pakatan Harapan (PH) sama dengan satu undi untuk Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) lalu. Setiausaha Bersatu Bahagian Ampang, Faizan Mohd. Nor berkata, kempen seumpama itu sangat wajar kerana ia…