PRN: Sanusi angkat tangan ‘ala Anwar’ di hadapan penyokong PH, BN

0
379

Oleh BADLISHAH MAT

DATUK Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Sik pada 9.10 pagi bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kehadiran calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu diringi hampir 2,000 penyokongnya.

Beliau turut mengangkat tangan ‘ala Anwar’ di hadapan ratusan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang berada di lokasi itu.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah dijangka bertembung calon muka baharu BN, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik.

Sementara itu, bagi DUN Belantek, calon PN, Ahmad Sulaiman dicabar oleh calon PH, Mazli Saipi.

Setakat ini, pertembungan di kedua-dua DUN itu menyaksikan dua penjuru apabila tidak kelihatan mana-mana calon bebas.

DUN Jeneri mempunyai seramai 35,079 pengundi, manakala 28,006 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di Belantek. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here