Lebih seribu penyokong iringi calon PN

0
154

CALON Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, Mohd. Radzi Md. Amin dan calon DUN Kuala Nerang, Munir@ Mohamad Yusof Zakaria tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi lebih 1,000 penyokong.

Penyokong berpakaian serba biru dengan membawa sepanduk Perikatan Nasional (PN) berarak sejauh empat kilometer dari Pekan Kuala Nerang.

Perarakan turut disertai Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Abd Hamid, lapor Sinar Harian.

Munir (lima dari kiri) dan Mohd Radzi (empat dari kanan) tiba untuk penamaan calon di Pejabat Daerah, Tanah dan Majlis Daerah Padang Terap, Kuala Nerang. Foto Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here