Tag: ayam

  • [VIDEO] Kami tiada pilihan, terpaksa naik harga – Pemilik restoran

    [VIDEO] Kami tiada pilihan, terpaksa naik harga – Pemilik restoran

    KENAIKAN harga barang dan bahan mentah memaksa pemilik restoran menaikkan harga makanan bagi memastikan perniagaan mereka terus ‘hidup’. Pengurus Restoran Devi’s Corner, Devi Ananth berkata, mereka telah menaikkan harga roti canai sebanyak 10 sen, iaitu RM1.80 sekeping berbanding RM1.70 sebelum ini. “Kalau boleh, kami tidak mahu naikkan harga makanan kerana ia akan menimbulkan rasa ketidakpuasan…

  • [VIDEO] Harga barang naik: Peniaga tersepit, terpaksa naikkan harga

    [VIDEO] Harga barang naik: Peniaga tersepit, terpaksa naikkan harga

    KENAIKAN harga borong dan kekurangan bekalan menyebabkan harga bahan mentah seperti ayam, ikan dan sayur meningkat, sekali gus menghimpit rakyat. Tinjauan Buletin Utama di dua pasar tani di Selangor dan Kuala Lumpur, mendapati harga sayur-sayuran naik sehingga 50%, manakala bekalan ayam segar masih tidak mencukupi. Di pasar tani Bukit Damansara, Kuala Lumpur, peniaga sayur, Zakaria…

  • Lebih ramai pegawai akan digerakkan ke peringkat negeri, segerakan permohonan subsidi penternak ayam – MAFI

    Lebih ramai pegawai akan digerakkan ke peringkat negeri, segerakan permohonan subsidi penternak ayam – MAFI

    KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan menghantar lebih ramai pegawainya ke peringkat negeri bagi mempercepatkan bayaran subsidi kepada penternak ayam dalam usaha meningkatkan pengeluaran domestik. Dalam satu kenyataan, MAFI memaklumkan setakat ini hanya RM50 juta subsidi telah dibayar walaupun sebanyak RM729.43 juta subsidi disediakan di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia sejak 5 Feb lepas, selaras penetapan harga…

  • Kabinet arah henti eksport ayam

    Kabinet arah henti eksport ayam

    KERAJAAN hari ini mengarahkan eksport sebanyak 3.6 juta ayam sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini, sebagai sebahagian daripada lima pendekatan segera bagi mengatasi isu kekurangan bekalan bahan makanan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu diambil sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sebagai memberi keutamaan kepada rakyat negara ini. Beliau…

  • Hentikan ‘percaturan dan permainan’ harga ayam

    Hentikan ‘percaturan dan permainan’ harga ayam

    PARA pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan ‘percaturan dan permainan’ harga melalui pengurangan bekalan ayam di pasaran dengan pelbagai alasan kerana tindakan itu sangat membebankan rakyat ketika ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata masalah kekurangan bekalan ayam di pasaran ketika ini tidak…

  • Bekalan ayam: Ini makanan, kena bertanggungjawab – Ameer Mydin

    Bekalan ayam: Ini makanan, kena bertanggungjawab – Ameer Mydin

    PEMBEKAL tidak boleh mengambil kesempatan dan perlu bertanggungjawab dalam isu kekurangan bekalan makanan seperti ayam. Astro Awani melaporkan Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, hal sedemikian tidak seharusnya berlaku apa lagi di negeri Selangor. “Cerita ayam ini isu bekalan makanan jadi tidak patut mana-mana pihak enggan bagi bekalan, kalau bekalan…

  • KPDNHEP akan hantar ayam ke kawasan kurang bekalan

    KPDNHEP akan hantar ayam ke kawasan kurang bekalan

    KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menghantar stok lebihan bekalan ayam yang ada di pasaran untuk negeri yang berdepan kekurangan bekalan sebagai alternatif penyelesaian jangka masa pendek. Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu diharap dapat meredakan keresahan pengguna berikutan kekurangan bekalan ayam di beberapa negeri akibat penutupan ladang ternakan…

  • Kerajaan Selangor tetapkan harga siling runcit ayam standard RM8 sekilogram

    Kerajaan Selangor tetapkan harga siling runcit ayam standard RM8 sekilogram

    KERAJAAN Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan melaksanakan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan, dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8 sekilogram sebagai usaha menangani lonjakan harga barang makanan ketika ini. Menteri Besar Datuk Amirudin Shari berkata program selama dua minggu itu yang bermula Isnin ini (7 Feb), membabitkan penjualan ayam kepada orang ramai di dua outlet…

  • Telur ayam: Kekurangan bekalan dijangka selesai dalam masa terdekat 

    Telur ayam: Kekurangan bekalan dijangka selesai dalam masa terdekat 

    MASALAH kekurangan bekalan telur ayam di pasaran yang dihadapi pengguna sejak kebelakangan ini, dijangka pulih dalam tempoh terdekat. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata kementerian sentiasa melakukan pemantauan, pemeriksaan dan kutipan data daripada 50 syarikat yang mewakili 80 peratus pengeluaran telur di seluruh Malaysia, untuk memastikan keberadaan bekalan…

  • Speaker tegur insiden wakil rakyat bawa ayam ke Sidang DUN Perak

    Speaker tegur insiden wakil rakyat bawa ayam ke Sidang DUN Perak

    YANG Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid hari ini menegur tindakan Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PKR-Hulu Kinta) yang membawa ayam segar ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini semalam. Beliau berkata pihak keselamatan diminta melaksanakan pemeriksaan yang lebih rapi terhadap barangan yang dibawa masuk ke dalam dewan negeri termasuk beg dan bungkusan. “Saya ingin menegaskan…