Tag: along
-
Polis P.Pinang tahan 38 along
POLIS Pulau Pinang menahan 38 individu kerana terbabit dengan aktiviti pinjaman wang tidak berlesen atau along dalam operasi khas yang dijalankan bagi menangani sekali gus membanteras kegiatan itu. Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin berkata kesemua mereka terdiri daripada 34 lelaki dan empat perempuan itu ditahan sejak pihaknya melancarkan operasi besar-besaran pada 5 Jun…
-
Anak gagal bayar hutang, ibu bapa diugut along
SEPASANG suami isteri hidup dalam ketakutan selepas diugut beberapa pemberi pinjaman wang secara haram atau “along” kerana tindakan anak lelakinya yang gagal membuat bayaran selepas meminjam wang daripada pihak terbabit. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Miss Khong, 54, menyatakan dia dan suaminya menerima ugutan termasuk mahu membakar kediaman mereka di Taman Desa Pengkalan selain menyimbah najis ke rumah itu…
-
Peminjam along dipaksa bakar dan simbah cat kereta penghutang lain
POLIS menahan dua lelaki dan dua wanita bagi membantu siasatan berhubung tiga kes kereta dibakar dan disimbah cat sehingga menyebabkan kerugian lebih RM40,000 dalam kejadian di Pulau Pinang, 30 April lepas. Dua lelaki itu merupakan penghutang kepada pemberi pinjaman wang (along) dari Singapura yang dipaksa untuk melakukan jenayah terbabit kerana mereka gagal melangsaikan hutang iaitu…
-
Sembilan ditahan khianat,ugutan kepada peminjam along
SEMBILAN warga tempatan termasuk sepasang suami isteri ditahan polis kerana terlibat dengan sindiket mengambil upah melakukan jenayah khianat dan mengugut peminjam yang gagal membuat bayaran kepada along. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata penahanan ke atas tujuh lelaki dan dua wanita berumur lingkungan 21 hingga 41 tahun itu dilakukan selama dua…
-
Pensyarah universiti rugi RM1.3 juta diperdaya Macau Scam
SEORANG pensyarah universiti di Iskandar Puteri mengalami kerugian sebanyak RM1.3 juta selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berusia 41 tahun itu mendakwa menjadi mangsa penipuan selepas menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan. Beliau berkata individu itu mendakwa mangsa terlibat dengan pemalsuan laporan COVID-19 di Sabah sebelum…
-
Ditolak bank, PKS cari along
BANYAK perniagaan kini beralih kepada bentuk pembiayaan alternatif dengan kos lebih tinggi berikutan kesukaran mendapat pinjaman daripada bank kata Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Samenta) William Ng. Ini termasuk pembiayaan ‘peer-to-peer’ (P2P) yang membolehkan perniagaan mengumpul dana daripada pelabur menerusi platform dalam talian. Namun katanya ada juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lain yang…
-
Polis tumpas Geng Along, tahan 8 lelaki tawar pinjaman wang haram
POLIS menumpaskan geng along selepas menahan lapan lelaki kerana menawarkan pinjaman wang tanpa lesen, dalam serbuan di sebuah premis di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua lelaki berusia 20 hingga 30-an itu ditahan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang dan Ibu…
-
Polis tangkap 99 along
POLIS Pulau Pinang menahan 99 individu terbabit dengan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dalam tempoh Januari hingga bulan ini. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata sebanyak 87 kes membabitkan kegiatan sindiket pinjaman wang tanpa lesen dengan kerugian RM809,738 dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan. Beliau berkata, pihaknya merekodkan sebanyak 91…