Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sukan Archives - Page 5 of 47 -

Category: Sukan

  • Perak bakal miliki Esport Youth Cabin pertama hujung tahun ini

    Perak bakal miliki Esport Youth Cabin pertama hujung tahun ini

    PERAK bakal memiliki pusat sukan elektronik (e-sukan), Esport Youth Cabin, pertama di negeri ini menjelang Disember ini.  Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pusat yang akan dibina bersebelahan velodrome rakyat itu, dijangka menjadi hab komuniti dan tempat penganjuran kejohanan e-sukan di Perak. “Saya berharap dengan pembinaan pusat ini dapat mengumpulkan anak…

  • Ahmad Faizal yakin Malaysia mampu juara

    Ahmad Faizal yakin Malaysia mampu juara

    MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin skuad hoki negara mampu meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2022, di sini, esok. Katanya, walaupun pada awalnya skuad Speedy Tigers dilihat agak goyah, namun pasukan negara berjaya bermain dengan baik hingga layak ke pentas akhir untuk berdepan Korea Selatan. “Ini…

  • KBS, MSN bangunkan kod sukan selamat

    KBS, MSN bangunkan kod sukan selamat

    KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) telah mempersiapkan Kod Sukan Selamat untuk dilaksanakan kepada semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) bermula Disember ini. Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kod itu yang merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual di semua peringkat termasuk pusat latihan sukan…

  • ATC: Hakim Danish tahan kesakitan untuk tawan Sepang

    ATC: Hakim Danish tahan kesakitan untuk tawan Sepang

    PELUMBA muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mengungguli perlumbaan kedua pusingan kelima Kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, pagi ini. Setelah gagal menamatkan perlumbaan pertama apabila terjatuh semalam, Muhammad Hakim bangkit menahan kesakitan dengan mempamerkan tunggangan hebat untuk meraih kedudukan teratas podium di laman sendiri selepas mencatat masa 33 minit 17.911 saat (s). Tempat…

  • Piala AFC: Tewas final namun KL City tetap bawa pulang RM3.5 juta

    Piala AFC: Tewas final namun KL City tetap bawa pulang RM3.5 juta

    Hasrat Kuala Lumpur (KL) City  FC untuk menempa sejarah muncul juara Asia lebur selepas tumpas 0-3 kepada Kelab Al Seeb dari Oman dalam aksi final Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini. Sebaliknya, Al Seeb melakar sejarah menjadi pasukan pertama dari Oman merangkul piala berprestij itu serta hadiah berjumlah…

  • PJ City sumbang hasil jualan tiket buat keluarga mendiang Rajes Perumal

    PJ City sumbang hasil jualan tiket buat keluarga mendiang Rajes Perumal

    PASUKAN Petaling Jaya City (PJ City) akan menyumbangkan hasil daripada jualan tiket perlawanan pertama Piala Malaysia mereka menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 26 Okt, kepada keluarga pemainnya Rajes Perumal, yang meninggal dunia akibat kemalangan pada Isnin lepas. Presiden Kelab Datuk Seri Subahan Kamal berkata pemilik PJ City Datuk Seri Vijay Eswaran mahukan Kelab itu…

  • Muhammad Nur Aiman kekal pertahan gelaran Raja Bukit LTdL 2022

    Muhammad Nur Aiman kekal pertahan gelaran Raja Bukit LTdL 2022

    PELUMBA Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff membuktikan beliau berada di kelas tersendiri selepas mempertahankan gelaran Raja Bukit pada perlumbaan terakhir Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022. Pada perlumbaan sejauh 115.9 kilometer (km) mengelilingi Pekan Kuah itu, pelumba berusia 25 tahun itu meraih gelaran Raja Bukit selepas mengungguli tujuh daripada lapan peringkat LTdL…

  • Senarai pemenang Ballon d’Or ‘bocor’

    Senarai pemenang Ballon d’Or ‘bocor’

    SENARAI pemenang Ballon d’Or ‘bocor’ selepas majlis anugerah berprestij itu yang dijadualkan berlangsung tengah malam ini, didakwa menjadi milik Karim Benzema. Penyerang berusia 34 tahun itu berada pada prestasi terbaiknya musim lalu – membantu Real Madrid memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara. Benzema juga menjadi penjaring terbanyak dalam dua pertandingan itu dengan 27 jaringan di…

  • Legenda Brazil, Ronaldo, dedah sedang bertarung dengan kemurungan

    Legenda Brazil, Ronaldo, dedah sedang bertarung dengan kemurungan

    LEGENDA bola sepak Brazil, Ronaldo, mendedahkan bahawa dia sedang menjalani terapi untuk bertarung dengan masalah kemurungan sambil terkilan dengan cara kesihatan mental diabaikan sepenuhnya sewaktu dia bergelar pemain satu ketika dahulu. Bekas bintang PSV, Barcelona, Inter Milan dan Real Madrid itu diiktiraf umum sebagai antara pemain terbaik dalam generasinya. Ronaldo mewakili Brazil dalam empat edisi…

  • Polis tambah pegawai dan anggota di Stadium Sultan Ibrahim esok

    Polis tambah pegawai dan anggota di Stadium Sultan Ibrahim esok

    POLIS akan menambah kekuatan pegawai dan anggotanya pada perlawanan bola sepak piala Liga Super Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata penambahan anggota itu bagi memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam terkawal. “Pihak polis memohon kerjasama semua pihak…