Category: Semasa
-
PM baharu perlu teruskan agenda pembangunan bumiputera-Dewan Melayu
Oleh Abu Ubaidillah Rahman DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri baharu diharap meneruskan agenda Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030). Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Dewan Melayu), Abdul Halim Husin berkata, ini kerana pelan pembangunan TPB2030 kini dalam fasa akhir pembangunannya yang dijangka dilancarkan akhir tahun ini. “Perdana Menteri yang baharu dan…
-
Cukuplah berpolitik, fokus isu rakyat
SEMUA ahli politik, khasnya Ahli-ahli Dewan Rakyat dinasihatkan supaya segera menamatkan kemelut politik dan bersatu hati menangani pandemik COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara. Titah itu dibuat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas isu politik negara dianggap selepas apabila Raja-Raja Melayu berkenaan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri…
-
Bunyi tembakan bongkar aktiviti pemburuan haram
Oleh Abu Ubaidillah Rahman PASUKAN Gerakan Am (PGA) yang melakukan rondaan bersama-sama Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah terkejut apabila mendengar bunyi tembakan di kawasan hutan simpan berhampiran Kampung Ranggal, Pitas, Kota Marudu semalam. Semasa meronda dalam Op Bersepadu Khazanah (OBK) pada pukul 8.30 malam, mereka terdengar bunyi tembakan sebelum mencari lokasi tersebut.…
-
Malaysia catat 23,564 kes baharu
Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,513,024. Beliau berkata Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi berjumlah 6,974 diikuti Sabah (2,738 ), Sarawak (2,548), Kedah (1,932), Kuala Lumpur (1,652),…
-
Ismail Sabri sah Perdana Menteri ke-9
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu selepas menerima sokongan 114 Ahli Dewan Rakyat. lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada jam 2.30 petang esok, di lstana Negara. Ismail Sabri, 61, yang juga…
-
Bekas tukang gunting dihukum mati dera, bunuh bayi
Oleh Abu Ubaidillah Rahman SEORANG bekas tukang gunting rambut dijatuhkan hukuman mati di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas mendapatinya bersalah membunuh bayi perempuan berusia 11 bulan pada 2018. Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Majid, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan. Hazmi…
-
Muhyiddin Yassin solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab
PERDANA Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menunaikan solat jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara setelah masjid dan surau dibuka semula pada 8 julai yang lalu. Menerusi hantaran di Facebook beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa syukur dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid bersama jemaah yang lain di bawah pematuhan…
-
TMJ ingatkan seorang pemimpin itu tidak boleh dijual beli
TANDA tanya mengenai perlantikan Perdana Menteri yang baharu terus menjadi persoalan rakyat. Ini rentetan satu hantaran Instastory berbunyi peringatan dan amaran olehTengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegaskan Johor tidak akan terlibat dengan sebarang keputusan yang akan menjejaskan Perlembagaan, Kedaulatan Institusi Diraja dan kesejahteraan rakyat. Dalam hantaran yang berkaitan, baginda turut menegaskan…
-
Peniaga kosmetik maut, isteri dan dua anak cedera
Oleh Mohd Lazim Endut SEORANG peniaga kosmetik maut, manakala isteri dan dua anaknya cedera apabila kereta Proton Wira dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 11, Jalan Gaung-Kuala Ping dekat Kampung Matang, Kuala Berang, malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 7.40 malam itu, mangsa, Muhammad Marhafizan Muhammad, 28, disahkan meninggal dunia…
-
Warga emas didakwa kelar, bunuh isteri
Oleh Abu Ubaidillah Rahman SEORANG warga emas, Lim Hon Koi, didakwa atas pertuduhan mengelar leher dan membunuh isterinya di Taman Desa Cahaya di Gopeng, Ipoh, minggu lalu. Prosiding kes itu dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh hari ini kerana tertuduh, 72, menerima rawatan radang usus. Warga emas itu didakwa mengelar leher isterinya, Chan…