TMJ ingatkan seorang pemimpin itu tidak boleh dijual beli

0
460

TANDA tanya mengenai perlantikan Perdana Menteri yang baharu terus menjadi persoalan rakyat.

Ini rentetan satu hantaran Instastory berbunyi peringatan dan amaran oleh
Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegaskan Johor tidak akan terlibat dengan sebarang keputusan yang akan menjejaskan Perlembagaan, Kedaulatan Institusi Diraja dan kesejahteraan rakyat.

Dalam hantaran yang berkaitan, baginda turut menegaskan keutamaan Malaysia pada ketika ini hanyalah melibatkan kestabilan negara, kehidupan rakyat dan bukannya tentang kepentingan peribadi.

HANTARAN Instastory oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Selain itu, TMJ turut berkongsikan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari tentang tanda-tanda orang munafik.

“Daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu –
Apabila dia bercakap dia berdusta; dan apabila dia berjanji dia memungkiri,dan apabila dia diberi amanah doa telah mengkhianati,” bunyi petikan hadis yang baginda kongsikan.

TMJ juga membeikan ingatan, seseorang pemimpin itu tidak boleh dijual beli dalam apa-apa sahaja urusan demi negara.

“Seorang pemimpin sebenar tidak boleh dibeli,” tulisnya baginda tanpa menyatakan kepada siapa hantaran itu ditujukan.

Hantaran yang serupa turut dimuat naik oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman Facebook rasmi milik baginda. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here