Malaysia catat 23,564 kes baharu

Tertinggi sejak covid pandemik melanda negara

0
255

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,513,024.

Beliau berkata Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi berjumlah 6,974 diikuti Sabah (2,738 ), Sarawak (2,548), Kedah (1,932), Kuala Lumpur (1,652), Pulau Pinang (1,523) dan Johor (1,323).

Sebanyak 1,281 direkodkan di Kelantan, Perak (1,248), Melaka (610), Negeri Sembilan (608), Terengganu (521), Pahang (517), Perlis (64), Putrajaya (24) dan Labuan (satu).

Semalam, Malaysia merekodkan 22,948 kes baharu wabak itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here