Category: Pilihan
-
‘Saya pernah bernikah sekali’ – Faizal Azumu tolak gosip nikah Erra Fazira
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau individu yang dikatakan bernikah dengan selebriti pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira. Ahli Parlimen Tambun itu berkata, sepanjang 51 tahun hidup, ini pertama kali dia mendapat soalan kahwin lain. “51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali.…
-
Jangan sesekali leka, alpa kerana virus dalam komuniti – Muhyiddin
ORANG ramai diingatkan supaya tidak sesekali leka dan alpa sehingga mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana virus COVID-19 masih berada dalam komuniti tatkala kerajaan telah membenarkan pergerakan rentas negeri. Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua pihak perlu mengamalkan kawalan kendiri dengan ketat termasuk memakai pelitup muka, mengelakkan bersentuhan, menjaga…
-
Kapal selam nuklear AS berlanggar objek di Laut China Selatan
SEBUAH kapal selam Amerika Syarikat (AS) berkuasa nuklear, USS Connecticut dilaporkan berlanggar dengan objek ketika menjalankan operasi di dasar Laut China Selatan. Kejadian dilaporkan berlaku Khamis lalu menyebabkan dua anak kapal cedera ringan, manakala beberapa lagi anak kapal mengalami lebam dan calar. Bagaimanapun kejadian tersebut tidak menjejaskan bahagian janakuasa nuklear dan kapal selam kategori tempur…
-
[VIDEO] Buah tangan terbaharu Azman Naim Cover Rosak sempena kebenaran rentas negeri
PENYANYI lagu parodi media sosial, Azman Naim 44 Mantra yang tular dengan lagu-lagu saduran yang berunsur nasihat sehingga ‘diburu’ oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik lagu terbaharu ke dalam koleksi #CoverRosak di akaun Intstagramnya hari ini, sempena kebenaran merentas negeri yang diumumkan pada Ahad. Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur…
-
DUN Melaka bubar, pilihan raya negeri diadakan – Speaker
DEWAN Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Okt, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN susulan nasihat daripada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali semalam. Ab Rauf berkata…
-
Keterangan saksi buktikan Ahmad Zahid terima RM21.25 juta – Pendakwaan
TERDAPAT bukti yang mencukupi bagi menunjukkan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sememangnya menerima RM21.25 juta daripada beberapa entiti ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini. Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun yang berhujah di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata perkara itu didedahkan oleh saksi pendakwaan sebagaimana yang…
-
PH, Idris Haron mohon menghadap YDP Melaka
Pakatan Harapan (PH) bersama empat wakil rakyat yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka memohon untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka. Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata surat berkenaan telah diserahkan kepada pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Ali Rustam hari ini. “Sehubungan dengan itu saya mewakili 11 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Idris Haron…
-
[VIDEO] Kerajaan Melaka tumbang, empat ADUN tarik sokongan kepada KM
EMPAT Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka sebentar tadi mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Mereka adalah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu). Semua mereka menarik balik sokongan kepada kerajaan…
-
Ibu bapa diminta peka operasi pembukaan sekolah esok
KEMENTERIAN Pendidikan mengingatkan ibu bapa bahawa sesi persekolahan yang bermula esok adalah secara berperingkat iaitu tidak semua murid perlu hadir ke sekolah. Sehubungan itu Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin meminta mereka meneliti dan melihat negeri dan fasa manakah sekolah anak-anak mereka berada dan mematuhi ketetapan yang diumumkan sebelum ini. ‘’Sepertimana kita tahu di negeri-negeri Fasa…
-
[VIDEO] Ahmad Maslan bebas: Majlis Presiden PH minta penjelasan Peguam Negara
MAJLIS Presiden Pakatan Harapan hari ini menzahirkan kerisauan terhadap trend kes mahkamah yang melepaskan individu berprofil tinggi, atau penyokong parti pemerintah, hanya dengan memulangkan wang yang diseleweng, atau dengan hanya membayar kompaun. Dalam satu kenyataan hari ini, majlis itu berkata, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun perlu memberi penjelasan, memandangkan keputusan untuk mendakwa atau menarik…