‘Saya pernah bernikah sekali’ – Faizal Azumu tolak gosip nikah Erra Fazira

0
395

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau individu yang dikatakan bernikah dengan selebriti pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, sepanjang 51 tahun hidup, ini pertama kali dia mendapat soalan kahwin lain.

“51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itupun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya” katanya ketika persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan diajukan oleh Senator Datuk Razali Idris berikutan tular di media sosial kononnya Ahmad Faizal bernikah dengan Erra Fazira.

Terdahulu Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, tidak membenarkan Ahmad Faizal menjawab soalan itu kerana di luar skop tumpuan.

“Ini di luar skop. Itu hal peribadi beliau dan saya tidak benarkan beliau menjawab,” kata Rais.

Bagaimanapun Ahmad Faizal tetap menjawab soalan berkenaan sekali gus merungkai gosip berkenaan yang tular di media sosial.

BERITA BERKAITAN Biarlah orang terus berkata-kata – Erra Fazira ulas gosip kahwin Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here