Category: Dunia
-
20,000 umat Islam tunai umrah minggu hadapan
ARAB SAUDI dijangka menerima lebih 20,000 jemaah umrah dari dalam dan luar negara dalam tempoh beberapa hari lagi, lapor agensi berita Okaz semalam yang memetik Kementerian Haji dan Umrah. Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah, Hisham Saeed berkata, jemaah dari luar negara yang dibenarkan masuk untuk ibadah itu hanya dari negara yang tidak dikenakan sekatan perjalanan…
-
Tanah runtuh; 200 terputus hubungan, tiga hilang
SEBUAH lebuh raya utama di Hichamal Pradesh terpaksa ditutup ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini. Kejadian itu menyebabkan lebih 200 penduduk di Lahaul-Spiti terputus hubungan dengan kawasan lain. Tiga orang pendaki pula dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh awal minggu ini. Menurut laporan Live Mint, lebuh raya tersebut terpaksa untuk ditutup buat sementara…
-
270 penduduk Palestin di Tebing Barat cedera akibat keganasan askar pengganas Israel
SEKURANG-KURANGNYA 270 orang penunjuk perasaan Palestin cedera, kebanyakannya akibat terkena gas pemedih mata berikutan keganasan askar pengganas Israel di Tebing Barat yang dijajah rejim, semalam, kata Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Palestin. TRT World melaporkan, ketegangan paling ketara berlaku di Kampung Beita, dekat Nablus di utara Tebing Barat di mana penduduk sering mengadakan sering demonstrasi,…
-
Bantuan perubatan sumbangan Arab Saudi selamat tiba
BANTUAN peralatan perubatan sumbangan Kerajaan Arab Saudi melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) untuk membantu Malaysia menangani cabaran pandemik Covid-19, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Agensi berita Saudi Press Agency (SPA) melaporkan, bantuan itu dihantar menggunakan dua pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh…
-
Gempar mayat dalam keranda hidup semula sebelum pengebumian
Satu majlis pengebumian di Bandar Hermel, Utara Lubnan kecoh apabila seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia didapati masih bernafas di dalam keranda yang terbuka. Video kejadian yang dimuat naik ke media sosial memaparkan orang ramai berkumpul di sekeliling keranda yang terbuka itu manakala seorang wanita sedang menangis sambil memegang ‘mayat’ itu. Menurut laporan Daily Star,…
-
Pelancong lengkap divaksin dibenar memasuki Arab Saudi 1 Ogos
WARGA asing yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 dibenarkan mengunjungi Arab Saudi bermula 1 Ogos ini. Agensi berita Sputnik memetik pengumuman Kementerian Pelancongan Arab Saudi bagaimanapun berkata, pelancong asing masih perlu mengambil ujian PCR, 72 jam sebelum tiba di Arab Saudi. “Bermula 1 Ogos 2021, tiada lagi larangan masuk ke Arab Saudi kepada pemegang visa…
-
Polis berpangkat konstabel antara ditahan atas dakwaan culik, bunuh
SETELAH dua bulan insiden seorang lelaki berusia 28 tahun diculik dan dipukul sehingga mati di Ashok Nagar, Polis Delhi telah menahan seorang anggota polis berpangkat konstabel bersama tiga orang lagi rakan subahatnya. Empat suspek, konstable Monu Sirohi, Vikas, Vineet dan Harish dipercayai telah menculik mangsa yang dikenal pasti sebagai Ajeet Kumar di dalam sebuah kerata…
-
Banjir di Bangladesh jejas 12,000 pelarian Rohingya – UNHCR
HUJAN monsun di Bangladesh telah menjejaskan lebih 12,000 pelarian Rohingya sementara kira-kira 2,500 tempat perlindungan rosak atau musnah, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) pada Rabu. Lebih 5,000 pelarian dipindahkan sama ada menumpang di rumah anggota keluarga yang lain atau ditempatkan di kemudahan perlindungan sementara berikutan curahan hujan melebihi 300 milimeter di…
-
Dos ketiga berkesan lindungi jangkitan varian Delta – Pfizer
SYARIKAT yarikat biofarmaseutikal Amerika Pfizer pada Rabu menyatakan dos ketiga vaksin COVID-19 lebih berkesan meningkatkan tahap perlindungan antibodi terhadap varian Delta. Tahap antibodi terhadap varian Delta pada individu berusia 18 hingga 55 tahun yang menerima dos ketiga vaksin Pfizer/BioNTech lima kali ganda lebih tinggi berbanding suntikan dos kedua, lapor Xinhua memetik data pada sidang video…
-
Hanya naik skuter elektrik, lelaki curi barang kemas RM9.4 juta
HANYA menaiki skuter elektrik, seorang lelaki mampu mencuri barang kemas bernilai AS$2.36 juta (RM9.4 juta) dan batu permata berharga dari butik barang kemas Chaumet. Lelaki yang dipercayai dalam lingkungan 50 ke 60 tahun itu mengeluarkan senjata dan mengancam untuk melancarkan bom yang didakwa ditanam dalam kedai itu. Premis barang kemas itu terletak di kawasan mewah…