Hanya naik skuter elektrik, lelaki curi barang kemas RM9.4 juta

0
244

HANYA menaiki skuter elektrik, seorang lelaki mampu mencuri barang kemas bernilai AS$2.36 juta (RM9.4 juta) dan batu permata berharga dari butik barang kemas Chaumet.

Lelaki yang dipercayai dalam lingkungan 50 ke 60 tahun itu mengeluarkan senjata dan mengancam untuk melancarkan bom yang didakwa ditanam dalam kedai itu.

Premis barang kemas itu terletak di kawasan mewah di bandar Chmaps-Elysees, lapor BBC.

Rakaman Kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam imej lelaki itu memasuki premis dengan memakai kot berwarna kelabu dan pelitup muka.

Menurut pihak polis, lelaki itu memaksa pekerja menyerahkan barang kemas dan batu permata serta kunci kedai sebelum mengunci pekerja di dalam premis tersebut.

Jelasnya, tiada sebarang kecederaan berlaku semasa rompakan itu.

Sumber – Utusan Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here