Gempar mayat dalam keranda hidup semula sebelum pengebumian

0
270

Satu majlis pengebumian di Bandar Hermel, Utara Lubnan kecoh apabila seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia didapati masih bernafas di dalam keranda yang terbuka.


Video kejadian yang dimuat naik ke media sosial memaparkan orang ramai berkumpul di sekeliling keranda yang terbuka itu manakala seorang wanita sedang menangis sambil memegang ‘mayat’ itu.


Menurut laporan Daily Star, orang ramai kemudian mula menyedari bahawa ‘mayat’ lelaki tersebut mula bergerak dan sebilangan mereka cuba untuk melakukan resusitasi kardiopulmonary (CPR) dengan menekan dada lelaki tersebut sementara menunggu ketibaan ambulans.


Media tempatan melaporkan bahawa lelaki tersebut kemudian dibawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan lelaki terbabit masih hidup.


Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan bagaimana atau kenapa lelaki tersebut disahkan meninggal dunia sebelum ini.


Kejadian mati hidup semula ini turut pernah berlaku di Indonesia pada Ogos tahun lalu di mana seorang kanak-kanak perempuan, Siti Masfufah Warda, 12 yang disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital membuka matanya ketika ahli keluarga sedang membersihkan jenazahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here