Author: Harith Ashyraf Ali
-
3 penyamun tak sempat berjoli hasil rompakan
TIGA penyamun tidak sempat ‘berjoli’ hasil rompakan apabila kesemua mereka ditahan polis pada hari sama setelah melakukan jenayah berkenaan di sebuah hotel dan kedai serbaneka di Masai dan Ulu Tiram, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 23 dan 24 tahun itu ditahan di sekitar…
-
Lari 15km bawa lima PATI warga Myanmar
CUBAAN seorang tekong darat untuk membawa lari lima orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk dua wanita menggunakan sebuah kereta gagal apabila mereka ditahan pihak polis di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, suspek yang berusia 31 tahun dicekup selepas polis menahan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandunya berhampiran simpang kuarters…
-
Pemandu terlelap kereta rempuh empat kenderaan
AKIBAT terlelap semasa memandu atau ‘microsleep’, seorang pemandu kereta terbabas melanggar empat kenderaan lain di bahu jalan di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, pada Rabu. Kejadian berlaku pada jam 2.25 petang itu menyebabkan pembantu gudang lelaki berusia 21 tahun terbabit cedera pada bahagian hidung dan dirawat di zon kuning Hospital Raja Perempuan Zainab II…
-
Kastam Kedah rampas 35.5KG ganja dalam trak pikap di bengkel kereta.
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas 35 ketulan ganja mampat seberat 35.5 kilogram bernilai RM142,000 disorok dalam trak pikap di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pekan Changlun, dekat Kubang Pasu, Ahad lalu. Pengarah JKDM Kedah, Nor Izah Abd Latiff, dalam kenyataan hari ini, berkata serbuan pada kira-kira jam 3.30 petang dijalankan oleh sepasukan anggota Kastam Cawangan…
-
Tuntutan Dong Zong satu bentuk ugutan – GPMS
GABUNGAN Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan tuntutan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sebagai satu bentuk ugutan kepada Kerajaan Perpaduan yang baharu dibentuk. Ahli Majlis Tertinggi GPMS, Mohd Wafiyuddin Al-Awal Musa, berkata penolakan terhadap tuntutan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) oleh Dong Zong bukanlah kerana perkauman tetapi asas kepada…
-
Penjaja buah didakwa raba payu dara sepupu isteri
SEORANG penjaja buah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Ayer Keroh hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu isterinya, pada Jun 2021 dan April tahun ini. Tertuduh berusia 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail lapor BH Online. Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa melakukan amang…
-
Samun guna pistol mainan, penganggur direman enam hari
SEORANG pengganggur direman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes samun kedai emas dengan senjata pistol mainan di Jalan Sultan Iskandar di sini, semalam. Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd Darus mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret Ipoh. Suspek yang berusia 32 tahun mengalami patah tangan kiri…
-
Ustaz Budak diarah bela diri kes cabul lelaki
SEORANG penceramah bebas diarah Mahkamah Majistret Kota Bharu membela diri bagi pertuduhan mencabul seorang lelaki di sebuah hotel pada Dis 2020. Syamsul Zaman Sukri, 33, diarah oleh mahkamah begitu semalam selepas pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie ke atasnya. Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Siti Edabayu Subhan di hadapan majistret Mohd Izdham Naim…
-
Padang Serai diramal cerah, Tioman hujan pagi esok – MetMalaysia
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kawasan pengundian di bahagian Parlimen Padang Serai, Kedah esok mengalami cuaca cerah pada pagi manakala di sebelah petang akan berlaku ribut petir atau hujan. Di bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang pula, cuaca diramalkan hujan pada sebelah pagi manakala di sebelah petang dijangkakan cuaca dalam keadaan baik. Ketua Pengarah…