Ustaz Budak diarah bela diri kes cabul lelaki

0
258

SEORANG penceramah bebas diarah Mahkamah Majistret Kota Bharu membela diri bagi pertuduhan mencabul seorang lelaki di sebuah hotel pada Dis 2020.

Syamsul Zaman Sukri, 33, diarah oleh mahkamah begitu semalam selepas pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie ke atasnya.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Siti Edabayu Subhan di hadapan majistret Mohd Izdham Naim Che Ani. Tertuduh – yang lebih dikenali sebagai Ustaz Budak – diwakili Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Menurut laporanĀ BH Online, Syamsul Zaman diarah membela diri pada 25 Jan depan. Dia kemudian memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah.

Terdahulu Mohd Izdham berkata, dia meneliti semua keterangan dan hujah yang diberikan lima saksi pendakwaan 

“Dalam kes ini, mahkamah mengguna pakai penilaian maksimum, selain mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan pengadu.

“Pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh dan oleh itu tertuduh diarah membela diri,” katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syamsul Zaman dituduh melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah bilik hotel di Kota Bharu pada jam 1.15 pagi, 16 Dis 2020.

Dia didakwa melakukan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here