Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

0
118

HARI ini negara akan bergema alunan bacaan al-Quran sempena Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung serentak di seluruh negara.

Lokasi perdana bagi Malaysia #QuranHour akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 hingga 1 tengah hari.

Program Malaysia #QuranHour diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr.

Ia bertepatan dengan tema iaitu ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’ yang menjadi penghubung kepada usaha melahirkan golongan muda berkemahiran dalam membina projek pembangunan negara sekali gus melahirkan pemimpin soleh.

Seramai 3,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam program berkenaan di Putrajaya.

Selain itu, terdapat penglibatan kedutaan luar negara iaitu daripada Amerika Syarikat, Australia dan Thailand.

Penganjuran kali kesembilan ini turut mendapat kerjasama daripada 19 rakan sinergi media, yang akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1.

Program yang dilaksanakan sejak 2015 lalu itu adalah sebuah program satu jam bersama al-Quran, sebagai permulaan untuk melakukan perubahan minda melalui Quran, Tadabur, Tazakkur (QTT).

Antara pemimpin politik yang bakal turut serta ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Orang ramai masih belum terlambat untuk bersama-sama menghayati surah-surah yang disampaikan di samping dapat memeriahkan majlis berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here