Hampir seluruh negeri diramal hujan pagi esok

0
209

HAMPIR seluruh negeri diramal mengalami cuaca hujan atau ribut petir, pagi esok.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sempena Hari Kebangsaan, cuaca berkenaan dijangka berlaku di satu dua tempat melibatkan 11 negeri.

“Hujan atau ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, Melaka dan Johor.

“Turut terlibat, beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak (Bahagian Mukah & Bintulu) dan Sabah (Bahagian Tawau), manakala tempat-tempat lain tiada hujan,” menurut kenyataan itu.

Pada waktu petang pula menurut MetMalaysia, cuaca buruk sama juga melibatkan hampir semua negeri.

“Pada waktu petang, hujan atau ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Turut terkesan ialah Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Bahagian Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri & Limbang) dan Sabah, manakala tempat-tempat lain tiada hujan,” jelas kenyataan tersebut, lapor Kosmo!.

Sementara itu bagi waktu malam, negeri Terengganu dijangkakan mengalami hujan dan ribut petir di beberapa tempat.

Selain itu, enam negeri lain turut menerima cuaca buruk sama antaranya Kedah dan Perak.

“Turut terlibat merangkumi satu dua tempat di Pahang, Sarawak (Bahagian Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri & Limbang) dan Sabah (Bahagian Sandakan, Pedalaman & Tawau).

“Tempat-tempat lain yang tiada dalam senarai, berada dalam keadaan cuaca yang baik,” tambah kenyataan sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here