Remaja ditahan, disyaki bunuh rakan kerana cemburu

0
223

POLIS menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun kerana disyaki membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam parit di Jalan Pasir, Kampung Sungai Payung Baruh, Rungkup, Bagan Datuk, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata remaja itu ditahan di Hutan Melintang, Sabtu lepas.

“Mayat dikenal pasti merupakan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun dan mereka berdua adalah rakan dan jiran di sebuah taman perumahan di Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati punca pembunuhan adalah disebabkan suspek cemburu kepada si mati kerana mengganggu teman wanitanya yang berusia 20 tahun.

Katanya suspek mengaku membunuh mangsa pada 20 Ogos lepas sebelum membuang mayat si mati di lokasi penemuan mayat tersebut.

Ahmad Adnan turut menafikan maklumat tular mendakwa terdapat dua orang mangsa bunuh dalam kejadian itu.

Rabu lepas, polis menerima maklumat pada 4.48 petang daripada orang awam mengenai penemuan mayat dalam keadaan tertiarap dalam parit di kawasan kebun sawit.

Mangsa yang memakai baju berwarna merah dan berseluar pendek ditemukan dengan beberapa kesan luka pada bahagian tangan, kaki dan leher.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematian disebabkan oleh luka potongan pada bahagian kepala dan leher.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here