Kementerian Pendidikan perlu kukuhkan penerangan kepada pihak berkepentingan

0
142

GERAKAN percaya bahawa setiap elemen kerohanian dan keagamaan perlu diterapkan dalam silibus pendidikan dan perkara itu jelas.

Presiden Gerakan, Dominic Lau berkata, apa yang penting adalah proses penerangan berkenaan dengan pendekatan tersebut.

“Kenyataan-kenyataan awal pihak berkuasa dalam perkara ini (implementasi Modul Penghayatan 40 Hadis Imam Al-Nawawi di sekolah agama) adalah terlalu makro dan mewujudkan kegelisaan kepada orang ramai terutamanya kepada ibu bapa dan pelajar bukan Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut kenyataan penuh Dominic

Berhubung dengan implementasi Modul Penghayatan 40 Hadis Imam Al-Nawawi di sekolah agama, Senator Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang merupakan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia dalam kenyataan susulan mengingatkan kepada pendekatan kesederhanaan yang perlu diterapkan oleh semua pihak dalam menghormati hak keagamaan dan pengajiannya.

Beliau percaya bahawa setiap elemen kerohanian dan keagamaan perlu diterapkan dalam silibus pendidikan, perkara itu jelas. Apa yang penting adalah proses penerangan berkenaan dengan pendekatan tersebut. Kenyataan-kenyataan awal pihak berkuasa dalam perkara ini adalah terlalu makro dan mewujudkan kegelisaan kepada orang ramai terutamanya kepada ibu bapa dan pelajar bukan Islam.

Tambah beliau, kita sebagai rakyat berbilang kaum dan agama perlu memahami konteks keserdahanaan dan menghormati pendekatan keagamaan oleh rakan-rakan kita. Selagi sesebuah pengajian tidak menimbulkan kesulitan kepada yang lain, tidak salah mereka (yang Islam) menghayati asas kesucian yang menghimpunkan panduan kehidupan dan dipercayai membantu pembentukan akhlak generasi muda Islam yang lebih baik.

Dr. Dominic Lau juga menegaskan KPM berpegang kepada kenyataan menterinya bahawa modul yang akan diperkenalkan hanya untuk pelajar sekolah agama dan kepada pelajar Islam, dan tidak sesekali memperluaskan modul ini kepada pelajar bukan Islam. Jaminan tersebut penting.

GERAKAN menyokong usaha ini dan mengharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia mendekati pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dengan penerangan perancangan, impak dan perjalanannya.

Masalah yang sering kita hadapi di bawah kerajaan ini adalah mereka gagal dalam proses penerangan dan sering menimbulkan kegelisaan kepada orang ramai, ujar beliau.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here