PRK: Zulkifli calon PN parlimen Pulai, Mazri calon PN DUN Simpang Jeram

0
264
MUHYIDDIN Yassin selepas mengumumkan Zulkifli (dua kanan) dan Mohd Mazri Yahya (tiga kiri) sebagai calon Perikatan Nasional bagi kerusi Pulai dan Simpang Jeram di Bilik Gerakan Utama PN Pulai, Kempas, Johor Bahru, pada Khamis.

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

TIMBALAN Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulai, Zulkifli Jaafar diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, pada 9 September nanti.

Sementara pakar bedah endovaskular, Dr. Mohd. Mazri Yahya pula diumumkan sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Pengumuman itu dilakukan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN Pulai, Kempas Baru, Johor Bahru, sebentar tadi.

Hadir sama, Presiden Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin. – SB