Wanita warga emas cedera jatuh dari tingkat 3 bangunan

0
143

SEORANG wanita warga emas bernasib baik apabila hanya cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kediamannya di bangunan Parkson di Miri, malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.33 malam daripada anak mangsa, dan segera mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian mendapati mangsa sedang terbaring di atas jalan raya.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala serta kecederaan ringan di kedua-dua belah tangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor Kosmo!.

Katanya, anggota APM Miri kemudian memeriksa keadaan dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang berusia 70 tahun, sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here