‘Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa’ – Saksi

0
145

“SAYA yang ketika dalam perjalanan ke Paya Jaras menyedari sebuah pesawat dalam keadaan senget namun tidak lama kemudian terdengar bunyi dentuman kuat,” kata saksi kejadian pesawat ringan terhempas berhampiran kediaman Elmina di Seksyen U16, di Shah Akan, petang tadi.

Bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Syahmie Md Hashim, 31, berkata, ketika itu dia sedang memandu kereta untuk menghantar barang dan pada mulanya menyangka kilang terbakar selepas terdengar bunyi dentuman.

“Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai.

“Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya, lapor Harian Metro.

Tambah beliau, dia ada bertanya dengan orang yang lebih dekat dengan kawasan itu yang memberitahu pesawat itu terjunam dan berlanggar dengan motosikal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here