Dua suspek lelaki ditahan berhubung kejadian letupan di hadapan sekolah

0
129

POLIS menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam insiden letupan kuat di luar pagar sebuah sekolah di Padang Besar, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah, berkata suspek pertama berusia 42 tahun ditahan ketika berada di rumah sekitar Padang Besar kira-kira 5.30 petang semalam.

“Hasil siasatan awal suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau iaitu tujuh rekod jenayah dan dua rekod jenayah dadah,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata seorang lagi suspek berusia 30 tahun di tahan pada jam11 pagi tadi juga di sekitar Padang Besar.

Katanya, hasil siasatan mendapati bahawa suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah narkotik dan kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Beliau berkata suspek utama kes itu direman hari ini sehingga 22 Ogos, manakala rakannya pula akan direman esok.

Beliau berkata pihak polis masih meneruskan siasatan lanjut ke atas kedua dua suspek bagi mengetahui motif kejadian.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Semalam, satu bunyi letupan kuat berlaku di bahagian hadapan sebuah sekolah di Padang Besar disyaki berpunca daripada penggunaan bahan letupan buatan sendiri menggunakan paip besi.

Pengawal keselamatan sekolah yang bertugas di sekolah berkenaan membuat laporan polis mengenai kejadian itu sekitar jam 7.30 pagi.

Beliau memaklumkan bahawa mendengar satu bunyi letupan kuat di bahagian hadapan luar pagar sekolah pada jam sekitar jam 4 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here