Guru diajak wujud gelombang rakyat sokong PN

0
217


BEKAS Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengajak guru-guru mewujudkan gelombang rakyat menyokong Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri esok.

Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu berkata, sesungguhnya masa depan anak-anak pewaris negara di tangan cikgu-cikgu.

“Cikgu tolonglah pesan kepada ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga, bekas anak murid dan juga pelajar yang dah boleh mengundi supaya mengundi calon Perikatan Nasional ya.

“Kepada cikgu-cikgu yang akan mengundi esok pun, pastikan cikgu mengundi calon Perikatan Nasional ya!,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di akaun Tiktok hari ini.

Radzi berkata, sepanjang berada di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), beliau mengelak daripada menggunakan platform kementerian untuk tujuan politik.

Jelasnya, setiap sesi libat urus bersama dengan guru-guru, beliau berbincang tentang perancangan, hala tuju dan dasar pendidikan, termasuk bagaimana untuk melalui tempoh sukar pandemik COVID-19.

“Sokongan dan dokongan cikgu semua di sepanjang saya berkhidmat di KPM, amatlah saya hargai.

“Namun, dalam kita mengharungi PRN di enam buah negeri esok, saya ingin mohon jasa budi cikgu sekalian untuk membantu kami, Perikatan Nasional,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here