Noh Salleh, Fatin Athira bakal nikah 23 September

0
313

VOKALIS kumpulan Hujan, Noh Salleh bakal menamatkan zaman dudanya dengan tunangannya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.

Pengesahan tarikh pernikahan penyanyi Angin Kencang dengan Fatin yang merupakan seorang peguam itu tertulis di atas kad undangan perkahwinan yang sudah mula diedarkan.

Menerusi kad undangan digital berwarna hitam, tertera butiran perkahwinan bakal pengantin baharu tersebut.

Ia antaranya tertera; ‘Fatin Athira Mustapa & Mohammad Noh Salleh, 23 September 2023’.

Bersama maklumat tersebut, turut disertakan lokasi majlis perkahwinan Noh dan Fatin, lapor Gempak.

Pemuzik kelahiran Sarawak itu dan Fatin memilih sebuah lokasi perkahwinan popular yang terletak di Puchong, Selangor.

Tetamu pula dijemput hadir pada sebelah malam yang dipercayai sebagai majlis resepsi.

Difahamkan pasangan tersebut akan diijabkabulkan pada sebelah pagi.

Noh dan Fatin bertunang pada 7 Mei lalu di kediaman keluarganya di Putra Heights, Subang Jaya.

Sebelum ini, penyanyi merangkap komposer itu mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.

Pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here