Anwar tiada hak kempen guna helikopter – Azmin Ali

0
164

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada hak menggunakan helikopter kerajaan untuk ke Kedah berkempen menjelang PRN, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau menyifatkan tindakan itu menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan kuasa oleh pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Kita tidak boleh salah guna sumber kerajaan dan menggunakannya untuk aktiviti kempen kita,” katanya menurut China Press dalam ceramah di Hulu Kelang malam tadi, lapor FMT.

Beliau berkata, walaupun Anwar berhak menggunakan helikopter itu, tetapi hanya boleh berbuat demikian bagi menjalankan tugas rasminya sebagai perdana menteri.

Sabtu lalu, Anwar menjawab kritikan Pengarah Pilihan Raya PN, Sanusi Nor dengan mempertahankan tindakan menggunakan helikopter milik kerajaan kerana beliau adalah perdana menteri.

“Saya naik heli ke Jeneri mereka marah, kenapa naik heli? Sekarang ini heli kerajaan, yang hang nak sakit hati kenapa?

“Kerajaan punya, bukan aku punya. Hang tak boleh pakai, perdana menteri boleh pakai,” kata Anwar dalam majlis di Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah.

Minggu lalu, Anwar memilih menggunakan helikopter untuk menghadiri program di pelbagai kawasan pedalaman Kedah, termasuk Jeneri dan Kupang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here