‘Ini bukan gelombang PN, tetapi puting beliung’ – Eddin Syazlee

0
174

CALON Perikatan Nasional bagi DUN Juasseh, Datuk Eddin Syazlee Shith, menjanjikan saingan sengit bagi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada PRN enam negeri.

Beliau yang juga ketua Bersatu Kuala Pilah berkata sokongan rakyat kepada PN kini lebih kuat berbanding ketika PRU15. “Di Negeri Sembilan hari itu tak cukup besar. Tetapi saya yakin untuk PRN dia lagi besar gelombangnya,” katanya ketika ditemui FMT di bilik gerakan PN.

Beliau yakin sokongan kepada PN akan membadai Negeri Sembilan jua. “Ini bukan gelombang macam PRU15, tetapi puting beliung.”

PRU15 peringkat Parlimen menyaksikan PN sama sekali gagal mengungkai cengkaman Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di negeri itu. Pada peringkat DUN kali ini, PH-BN mengetengahkan nama-nama besar untuk mempertahankan dominasi di Darul Khusus, termasuk bekas menteri besar Aminuddin Harun dan Mohamad Hasan, Anthony Loke Siew Fook dan Jalaluddin Alias.

Eddin sendiri bakal berdepan calon BN, Bibi Sharliza Mohd Khalid, yang juga isteri kepada bekas menteri besar, Isa Abdul Samad.

Namun, beliau percaya pengundi rata-ratanya tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan dalam membantu rakyat.

“Saya fikir ini akan memberi kesan kepada undian yang bakal diterima kerajaan,” ujarnya, lapor FMT.

Malah, katanya, sambutan yang disaksikan ketika kempen PN menguatkan keyakinannya. “Saya lihat dalam kempen hari ini secara jujur banyak sambutan amat memberangsangkan.”

Pada PRU14, calon memenangi DUN Juasseh dengan majoriti tipis 692 undi selepas memperoleh 4,146 undi, berbanding 3,454 yang diraih calon PKR dan 624 bagi calon PAS.

DUN ini terletak bawah Parlimen Kuala Pilah, yang dirampas BN daripada Eddin pada PRU15, dengan majoriti 6,483 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here