Tawaran PN Selangor disambut baik, mampu direalisasi – Penduduk

0
210

PENGUMUMAN Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin semalam disambut baik penduduk negeri itu.

Ini termasuk Inisiatif Bantuan Prihatin yang dijangka mampu meringankan beban 65,000 keluarga yang memerlukan, menerusi pelbagai pilihan pemberian bantuan sekiranya mendapat mandat rakyat pada 12 Ogos ini.

Tawaran bantuan kenaikan elaun bulanan imam kepada RM1,700, bilal RM800, siak dan nazir masing-masing RM600 antara berita paling ditunggu warga Selangor.

Pengundi DUN Sepang, Aziz Sairan, 27 menyokong inisiatif tawaran itu kerana membantu golongan penggerak masjid yang majoritinya dalam kalangan warga emas.

“Peningkatan elaun ini ‘relate’ dengan ekonomi sekarang, kebanyakan imam, bilal terdiri daripada kalangan orang pencen yang memerlukan duit poket lebih.

“Kalau dulu RM1,300 sekiranya PN mentadbir dapat RM1,700, saya sokong sebab sedikit sebanyak menambah duit belanja.

“Imam, siak kebanyakan mereka daripada orang-orang yang pencen di kampung, dapat juga membantu isi rumah mereka,” katanya ketika ditemui SatuBerita hari ini.

Aziz Sairan, 27

Azrilisam Ramli, 41, pula berkata kenaikan elaun tersebut adalah bentuk pengiktiran PN kepada institusi keagamaan dan cukup realistik untuk dilaksanakan.

“Ini adalah satu bentuk penghargaan kepada mereka, juga pengiktirafan kepada institusi masjid dan surau.

“Elaun ini juga mampu meningkatkan taraf hidup dalam kalangan mereka yang sepenuh masa berada di masjid dan sekurang-kurangnya mempunyai sedikit pendapatan sampingan.

“Kita tidak mahu satu tawaran yang ‘gah dan gempak’ tapi tidak mampu dilaksanakan, ini adalah satu tawaran yang baik dari PN,” ujarnya.

Azrilisam Ramli, 41

Selain itu, PN bakal memperuntukkan dana sebanyak RM30 juta setahun bagi menaik taraf, membina fasiliti sukan, menyediakan insentif E-Sports dengan peruntukan RM2 juta serta dana khas Sukan Olimpik dan Paralimpik

Pengundi DUN Paya Jaras, Abdullah Sabri, 26, berkata perancangan PN merancakkan arena sukan Selangor amat bermanfaat bagi menggilap bakat anak muda.

“Anak muda tahu mereka masih aktif, bertenaga dan sentiasa mencari sesuatu untuk dilakukan bagi menggilap potensi.

“Sukan dapat meningkatkan disiplin, tenaga, kecerdasan, disamping mengisi masa lapang dengan betul. Daripada mereka ‘melalut’ ke mana, lebih baik tumpu kepada sukan,” jelasnya.

Abdullah Sabri, 26

Mengulas manifesto pengecualian bayaran di kawasan letak kenderaan bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor Utara, pengundi DUN Ijok yang hanya mahu dikenali sebagai Asyraff menyambut baik inisiatif itu.

“Sebagai seorang pengguna (kenderaan), tawaran PN ini dapat meringankan beban dan tidak perlu menunggu lama untuk bayar parkir,” katanya.

Tawaran Kkim Rumah Pertama Darul Ehsan yang merangkumi pemilikan rumah pangsa tiga bilik bagi golongan memerlukan serta menyediakan kuota khas bagi keluarga muda menarik perhatian pengundi muda Abdul Malik, 21.

“Skim ini sangat bermanfaat untuk golongan muda, bantuan seperti ini sangat diperlukan dalam proses menjadi dewasa dan belajar mengenali dunia kekeluargaan,” katanya. -SB

Abdul Malik, 21

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here