Lelaki mati dipijak gajah di Gua Musang

0
161

 SEORANG pengawal keselamatan maut dipercayai dipijak gajah liar di ladang sawit dekat Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang.

Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 42 tahun bersama rakannya menunggang motosikal untuk memancing pada 4 petang semalam.

Semasa mendaki bukit, katanya, dua ekor gajah dewasa tiba-tiba keluar dari sebelah kanan mereka.

“Mereka cuba melarikan diri, namun terjatuh dari motosikal. Rakan mangsa yang berada di belakang berjaya melarikan diri.

“Selepas dua ekor gajah itu meninggalkan tempat kejadian, rakan mangsa kembali ke lokasi dan mendapati mangsa sedang kesakitan di dalam semak,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke oleh rakannya sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.45 petang.

Katanya, bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa akibat kecederaan paru-paru dan terdapat kesan lebam di pinggang kiri mangsa, dipercayai dipijak gajah

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati ada kesan tapak kaki gajah dan laporan bedah siasat konsisten dengan keterangan kejadian serta saksi bahawa mangsa mati dipijak gajah.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here